With years of experience in video production, Fikri ZamRi creates cinematic travel vlogs showcasing hidden gems, unique destinations, and halal food adventures. His videos are designed to inspire viewers to explore, reconnect, and uncover the beauty of the world.
Based in Malaysia, Fikri collaborates with international brands, tourism boards, and luxury hotels to produce stunning travel content that tells stories. Whether it’s discovering rare spots in Malaysia or exploring iconic wonders globally, every video is crafted to entertain, educate, and spark wanderlust.
Follow Fikri ZamRi for:
🎥 Cinematic Travel Vlogs
🌍 Hidden Gems Travel Guides
🍴 Halal Food Recommendations
Let's join the adventure!
📧 For collaborations or invitations, contact: contact@fikrizamri.com
Fikri ZamRi
We’re Hiring!!!
Alhamdulillah, sedar tak sedar channel YouTube Fikri ZamRi dah capai 413K subscribers, and combine semua social media lain dah 900K+. Terima kasih semua yang sentiasa support & follow journey ni 🤍
Tapi to be honest, aku tak berapa happy, sebab pace YouTube aku tahun ni paling slow! Serious!!! Banyak sangat campaign & shoot lain jalan serentak, sampai main platform aku sendiri (YouTube) makin bersarang. And aku paling tak suka perasaan tu!
Aku start YouTube dulu sebab passion, tapi sekarang makin susah nak kejar sebab komitmen lain bertimbun. Even team makin besar, workload makin bertambah. Footage travel dah pile up berpuluh terabyte, banyak gila trip EPIC aku terpaksa tolak sebab tak cukup tangan.
Honestly team aku sekarang memang strong, tapi sebab kitorang jaga quality, tak dapat produce banyak. So hari ni aku decide buka peluang untuk yang minat dunia travel content & video editing, nak jadikan bidang ni career, grow sama-sama & come back stronger untuk 2027!
Serious banyak sangat plan aku next year! Tapi aku nak clearkan awal-awal, aku bukannya cari travel buddy.
Aku perlukan backbone yang betul-betul strong, ada passion untuk tell stories & craft masterpiece yang buat audience meremang! Kita tengok video tu best, tapi sebenarnya jiwa cerita tu lahir dari timeline editor yang perform!
Aku cari teammate yang:
🎬 Minat dunia video editing & content creation, bukan sekadar ‘cuba try test’.
🧠 Faham storytelling, timing, pacing, muzik & sound design (atau tahu tarik perhatian kat socmed).
🤝 Boleh terima feedback & berani bagi idea kreatif, bukan jadi pak turut apatah lagi pak sanggup.
⏰ Disiplin & boleh kerja ikut deadline.
🌱 Nak stay & grow bersama team, bukan niat “nak belajar” lepas tu lesap main forex.
💻 Jawatan Kosong: Full-Time Video Editor (2 Kekosongan)
• Mahir DaVinci Resolve atau Adobe Premiere Pro.
🌱 Internship / Praktikal (1–2 Kekosongan) pilih ikut kelebihan:
• Video Editor (cut video long-form / short-form)
• Social Media & Photo (urus socmed, posting & edit gambar/thumbnail)
• Content & Project Management (urus jadual content, koordinasi shoot & operasi)
• Syarat: Min 6 bulan & wajib ada laptop/PC sendiri. Laluan terus ke Full-Time kalau perform!
📍 Lokasi: Full-time di Petaling Jaya, Selangor (Isnin–Jumaat)
📅 Tutup: 10 November 2026, 11:59 malam
🔗 Apply kat sini: fikrizamri.com/team
All the best!
Travel to Tell Stories.
#FikriZamRiTeam #EditorWanted #KerjaKosong #JawatanKosong #VideoEditorMalaysia #InternshipMalaysia #TravelToTellStories
1 week ago | [YT] | 621
View 26 replies
Fikri ZamRi
Alhamdulillah…
Semalam (17.12.2025) isteri selamat melahirkan seorang lagi amanah kecil. 🤍
And so, our greatest new adventure begins. ✈️👶🏻
Terima kasih Ya Allah atas Amanah ini. Semoga kami jadi keluarga yang lebih baik.
Complete dah team travel kami sepasang! 👦🏻👧🏻
Masyaallah, Tabarakallah!
P.S: semoga aku sempat edit semua video video travel yang tertangguh ya Allah. 😂
#newborn #newbornbaby #baby #babyboy #newparents parenthood father fatherhood family travelfamily
10 months ago | [YT] | 2,541
View 102 replies
Fikri ZamRi
Kalau orang tanya aku bila the best time nak travel Jepun, jawapan aku: Hands down, Autumn! 🍁
Bayangkan seluruh kawasan dari tepi jalan sampai ke hutan bertukar jadi merah, kuning & golden. Dengan daun yang gugur nampak macam red carpet yang terbentang untuk kita, Cantik gila weh!
Weather masa ni memang ngam!. Tak berpeluh, tak menggigil. Angin dia sejuk tapi matahari cover balik sejuk tu, serius best!
Awal tahun ni aku dah pergi time Spring tengok Sakura, tapi to be honest, aku lagi suka Autumn!
Tengok daun Momiji dengan Ginkgo luruh depan mata tu... satu pengalaman yang rasa “mahal” sangat.
Serious wajib letak dalam bucket list!
#JapanTravel #VisitJapanMY #TokyoAutumn #AutumnInJapan #momiji
11 months ago | [YT] | 629
View 25 replies
Fikri ZamRi
Final Call – Video Editor Wanted!
Sebenarnya dari awal tahun lagi aku dah siapkan application form ni… Tapi tak sempat langsung nak go through sebab banyak sangat benda yang jalan serentak. Shooting, editing, talks, events, family life, back-to-back travel 🫠
Sekarang YouTube channel aku dah almost 370k subscribers, tapi aku still struggle untuk produce content even 1 video sebulan. Banyak side job yang aku tak mampu nak tolak.
Sumpah bila sampai tahap ni, pressure dia lagi tinggi, nak consistent, nak maintain kualiti, semua aku buat sorang-sorang.
Paling stress bila ramai client, orang yang DM, kawan-kawan tanya: “Mana video baru bang?” Hahaha serius kadang kadang aku 'seen' je diorang 😅
Kalau ikutkan, boleh je kalau aku edit ala kadar, upload video tiap-tiap minggu. Tapi aku buat YouTube bukan sebab duit. Bukan sebab orang suruh. Bukan sebab saja-saja nak follower. Tapi aku buat sebab passion.
Aku nak setiap video aku tu beri kepuasan pada orang yang tengok & diorang dapat sesuatu dengan video tu, bukan tengok kosong semata-mata.
So sekarang aku betul-betul serius nak cari teammate yang boleh bantu lajukan production dari segi editing travel content kat channel Fikri ZamRi.
Aku pernah hire team sebelum ni, tapi tak menjadi, Sebab aku asyik travel, member tu stress dok edit sorang-sorang 😂
Tapi kali ni, aku janji nak bangkit semula. Lupakan semua kisah lama, and kita nak tawan 2026 dan tahun-tahun mendatang.
Bulan ni bulan birthday aku. Aku nekad nak reshuffle semua: Shooting, editing, workflow, life direction semua. Hajat aku nak share rezeki & buka peluang untuk yang minat dalam dunia editing.
Aku cari teammate yang:
- Paling penting: ada passion, minat video editing
- Anggap setiap video tu betul-betul masterpiece, bukan sekadar kerja nak siap
- Boleh kerja based on deadline
- Ada mindset nak grow sama-sama
Aku tak cari staff. Aku cari teammate yang betul-betul boleh fight sama-sama dari fikir idea sampai polish edit last frame. Bukan jadi pak turut bulat bulat.
Jangan apply kalau niatnya cuma nak “belajar 3 bulan dulu” lepas tu lesap buat channel sendiri… Penat weh nak setup team & studio, tapi lepas tu kerja pun ala kadar sebab sibuk freelance kat luar. Aku nak teammate yang all in! bukan part-time commitment.
🎯 Job Scope:
- Edit campaign video (mostly short-form content, kadang-kadang longform)
- Re-edit video panjang dari main YouTube video → potong jadi pendek-pendek
- Backup longform editing bila perlu (Aku still akan edit YouTube main video sendiri)
📍 Location: Office kat Damansara Utama, dekat dengan Starling Mall
💻 PC & studio semua disediakan
🧠 Yang penting tahu guna Adobe Premiere / DaVinci Resolve (bukan pandai CapCut sikit terus apply) & kena faham timing, storytelling, tone & energy brand aku.
Kalau rasa ini laluan kau untuk masuk dunia travel content secara serious & long-term…
🟡 Apply sekarang sebelum 15 JUN 2025 🔗 fikrizamri.com/team
Sorry sangat untuk semua yang dah apply dari dulu tapi aku belum sempat reply 🙏 Aku akan go through satu-satu lepas tarikh tutup nanti ya!
Tak sabar nak jumpa teammate baru 🔥 Let’s Travel to Tell Stories.
#FikriZamRiTeam #EditorWanted #TravelToTellStories
1 year ago | [YT] | 526
View 32 replies
Fikri ZamRi
Last Push!
Kalau belum vote lagi untuk hari ni, Boleh vote terus 70. Esok pun boleh tambah vote lagi 70 sebelum 12 tengahari 23 febuari.
Undi kat sini (Kategori Lifestyle): voting.astro.com.my/gempak-most-wanted-awards-2024
Terima kasih semua!! You are the best!!
1 year ago | [YT] | 324
View 11 replies
Fikri ZamRi
Memang betul, Allah jemput siapa yang niat nak datang.
Dulu aku ada azam, sebelum travel jauh, sebelum kahwin, aku nak bawa Umi, Ayah & Adik ke umrah dulu. Februari 2022, Allah makbulkan dengan cara paling tak masuk akal.
Masa tu aku mana ada duit nak bawa 4 orang. Kerja freelance, Tapi sehari sebelum tarikh pembayaran tutup, tiba-tiba payment masuk dari job lama yang aku dah lupa. Pelik kan…
Masa kat sana, aku niat aku nak bawa wife aku pulak suatu hari nanti.
Genap setahun, Februari 2023, baru kahwin sebulan, tiba-tiba Allah jemput lagi. umrah honeymoon, semua disponsor
Masa kat sana, aku video call Telor (Faz'zri),
"InsyaAllah weh, nanti one day kita sampai sini sama-sama."
Masa tu dia gelak, "Belum ready, banyak baca Mastika lagi."
Tahun lepas, aku ajak telor buat Umrah tapi pergi DIY, sebab kali ni nak explore tempat baru. So kitorang beli tiket flight sendiri, setelkan visa, cari hotel. lepas dah book semua tu termenung jap. Bila kira balik, rupanya mahal berganda dari umrah biasa sebab banyak tempat nak pergi.
Tiba tiba kan, aku dapat email dari MKM Travel, jemput kitorang buat umrah private dengan diorang. Siap refund tiket flight yang kita dah beli, bagi duit belanja, dan ikut itinerary yang aku sendiri plan.
Masa tu aku sedar, SEMUA BENDA BERMULA DENGAN NIAT.
Kalau niat kita betul, usaha kita ada, insyaAllah Allah permudahkan dengan cara yang kita tak jangka. Telor hampir give up sebab duit dia nak pakai untuk buka bazaar, tapi Allah dah tulis rezeki lain untuk dia.
So kalau kau rasa, "Aku tak mampu lagi nak pergi umrah sekarang,"
atau "Sibuk kerja, banyak hal nak kena fikir,"
takpe, yang penting pasang niat dulu.
InsyaAllah, kalau Allah jemput, tak ada apa yang boleh halang.
P/S: Ada satu benda nak mintak tolong! ✨
Aku tercalon dalam Gempak Most Wanted Awards (Kategori Lifestyle), dan undian tutup 12 tengahari, 23 Februari!
Kalau korang rasa content aku ada manfaat, boleh drop undi kat link ni:
👉 voting.astro.com.my/gempak-most-wanted-awards-2024
Setiap hari boleh bagi 70 undian per akaun Gmail! Pakat-pakatlah ngundi ye! 😂
Kalau menang, aku payung video travel banyak- banyak! 🔥
Terima Kasih!!
#Umrah2025 #Baitullah #Makkah #Madinah #TravelUmrah #UmrahHaji #GempakMostWanted #GMW2025
1 year ago | [YT] | 1,528
View 31 replies
Fikri ZamRi
Alhamdulillah. Bila baca post macam ni, buatkan aku bersyukur dan terus semangat untuk buat video. Niat aku cuma nak kongsi pengalaman supaya orang boleh dapat inspirasi & panduan.
Aku happy sangat bila ramai DM aku cerita macam ni. Diorang terinspirasi untuk jejakkan kaki ke tanah suci lepas tengok video aku. Syukur sangat kalau video-video tu dapat bagi kesan positif untuk orang lain.
InsyaAllah, bulan 2 ni aku akan pergi umrah DIY sekali lagi, serius rindu sangat! and kali ni aku plan nak capture video umrah dari perspektif lain pulak. Harapan aku, semoga lebih ramai yang rasa yakin dan berani untuk buat umrah. Doakan semuanya dipermudahkan. Amin.
kalau ada tempat rare / hidden gems kat mekah,madinah. komen sikitt! hehe
1 year ago | [YT] | 653
View 15 replies
Fikri ZamRi
Hehey Assalamualaikum! Next week aku plan nak explore Brunei Darussalam! 🇧🇳
Ada tak hidden gems yang rare & epic dekat sana selain Kampung Ayer, masjid & muzium? Drop your suggestions please! 🙌🏻 Nak cari tempat paling wow untuk masuk video! 🗺️✨
1 year ago | [YT] | 441
View 44 replies
Fikri ZamRi
2024... Banyak sangat trip yang aku tak expect. Dari Pakistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, memang aku takkan lupa!
Gambar ni masa OTW pergi Altyn Arashan, Kyrgyzstan.
A BIG THANK YOU untuk korang yang support sepanjang tahun lepas, korang yang bagi semangat untuk aku terus "Travel to Tell Stories." Tahun 2025 ni ada banyak trip yang lagi best aku dah plan! Seriously aku excited gila untuk tahun ni!
Tapi honestly, 2024 tahun aku slow sikit up content. Semua editing setakat ni aku buat sorang sorang. Bayangkan bila travel 2 minggu, aku ada 3tb footage yang aku kena edit untuk jadikan video 50-60 minit sebelum upload kat Youtube. and rutin tu aku repeat again and again. fuhhh bukan semua orang sanggup hadap.
Antara AZAM aku tahun ni, nak aktif balik kat semua platform!
Instagram, YouTube, TikTok, Facebook. Hopefully aku makin consistent.
Tapi nak buat semua ni and still maintain quality video, aku mengaku memang bukan senang sorang sorang. sebab tu aku decide 2025 ni, aku perlukan backbone untuk tolong aku bahagian Video Editing 🫵
So... I’m hiring! Kalau korang ada passion untuk storytelling, jom join team aku. klik: beacons.ai/fikrizamri untuk apply. Tahun 2025 ni kita conquer lagi banyak Hidden Gems, Sama sama kita explore dunia ni!
#TravelToTellStories #Welcome2025 #AltynArashan #Kyrgyzstan #NatureKyrgyzstan #TravelKyrgyzstan #hiddengems #travel #traveler #traveltotellstories #exploreasia
1 year ago (edited) | [YT] | 625
View 55 replies
Fikri ZamRi
Dalam travel untuk cari ketenangan, aku rasa Kazakhstan memang antara salah satu tempat yang paling tenang.
Orang dia mostly friendly & baik sangat2, udara segar nyaman, makanan halal senang dapat.
Aku tak expect yang Negara ni disiplin & bersih dah macam dekat Jepun. Kalau perempuan jalan sorang2 malam2 pun selamat.
Honestly Negara Kazakhstan ni takde dalam bucketlist aku pun sebelum ni. Tapi sekarang aku dah jatuh cinta dengan Almaty ni & one day nak bawak anak isteri aku pulak travel duduk sini berminggu pun takpe.
BTW video vlog Almaty release kat Youtube: Fikri ZamRi esok! stay tuned Rabu 6pm ya!
#Almaty #almatycity #Kazakhstan #KazakhstanTravel #traveltotellstories
2 years ago (edited) | [YT] | 1,015
View 28 replies
Load more