Jom hadir beramai-ramai ke Ceramah Kelompok Perikatan Nasional di Seri Bemban, Melaka!
Dengarkan perkongsian dan kupasan isu semasa bersama barisan pimpinan Wawasan Negara dan PAS.
🎤 BARISAN PENCERAMAH:
1. Tan Sri Ibrahim Abu Shah Majlis Tertinggi Wawasan Negara 2. Shafiq Halim EXCO Pemuda Wawasan Negara 3. Khairul Nadzir Ketua Penerangan Pemuda PAS 4. Bibi Sunita Khan Majlis Tertinggi Wawasan Negara
📅 Tarikh: 9 November 2026 (Isnin) ⏰ Masa: 9.00 malam 📍 Tempat: Sebelah Warung Hj. Apit, Jalan BB 2, Bemban, Melaka.
Kehadiran dan sokongan anda amat dialu-alukan. Jumpa anda di sana!
Jom hadir beramai-ramai ke Ceramah Kelompok Perikatan Nasional bagi DUN Bemban!
Ayuh bersama-sama mendengar kupasan isu semasa, perkongsian pandangan serta aspirasi demi masa depan rakyat dan negara.
🎤 BARISAN PENCERAMAH:
1. Datuk Ustaz Hj Kamarudin Sidek – YDP PAS Jasin 2. Shafiq Halim – EXCO Pemuda Wawasan Negara 3. Rafique Rashid – Ketua Penerangan Pejuang 4. Syed Hasan Syed Ali – Majlis Tertinggi Wawasan Negara 5. YB Ustaz Razman Zakaria – ADUN Gunung Semanggol
📅 Tarikh: 10 November 2026 (Selasa) ⏰ Masa: 9.00 malam – 12.00 tengah malam 📍 Lokasi: 11, Jalan Kesang Indah Utama, Taman Kesang Indah, Bemban.
Kehadiran anda amat dialu-alukan. Bawalah keluarga, sahabat dan kenalan untuk bersama-sama memeriahkan program ini.
PERIKATAN NASIONAL – SUARA RAKYAT, ASPIRASI NEGARA.
Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan bersama YBhg. Dato’ Nazari Adzim (BN) dan YB Dato’ Seri Takiyuddin Hassan (PN-PAS) untuk membantu serta menghadiri program ceramah di DUN Bukit Katil.
Marilah kita bersama-sama membirukan Melaka dan menolak kelompok merah demi membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat.
Mohon kehadiran rakan-rakan bagi membuat Laporan Polis Terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung isu berkaitan proses keadilan dan dakwaan penyalahgunaan kuasa.
📍 Tempat: Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi 📅 Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu)
🕚 11.00 pagi – Laporan polis 🕛 12.00 tengah hari – Jangkaan selesai memberi keterangan 🕧 12.30 tengah hari – Sidang media dijangka berlangsung
Mohamad Shafiq bin Abdul Halim Exco Gerak Gempur Operasi Strategik Pergerakan Pemuda Nasional Parti Wawasan Negara
Kerjasama dan kehadiran rakan-rakan amat dihargai bagi memastikan isu ini mendapat perhatian sewajarnya.
Pergerakan Pemuda Wawasan Negara memandang serius tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS/JPPM) berhubung pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebelum keputusan mahkamah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2026 diumumkan.
Kami berpandangan bahawa tindakan tersebut menimbulkan persoalan dari sudut penghormatan terhadap proses kehakiman, khususnya sekiranya perkara yang menjadi asas tindakan itu masih dalam pertimbangan mahkamah. Sehubungan itu, kami menuntut penjelasan yang telus mengenai asas dan justifikasi tindakan berkenaan.
Kami turut bimbang sekiranya benar wujudnya usaha untuk menyekat perkembangan Perikatan Nasional, yang kini mendapat sokongan rakyat Malaysia dan dilihat sebagai salah satu pilihan politik bagi menerajui kerajaan pada masa hadapan.
Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda Wawasan Negara akan bersolidariti bertemakan “RESET SISTEM, TUNTUT KETELUSAN ROS!” pada 22 Oktober 2026, bermula pada jam 7.30 pagi di hadapan Pusat Penjaja Jalan Duta, sebelum berarak ke perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kami turut menjemput rakan-rakan daripada parti komponen Perikatan Nasional serta seluruh rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan Perikatan Nasional untuk bersama-sama bersolidariti secara aman bagi menuntut ketelusan, keadilan dan penghormatan terhadap proses kehakiman.
Mohamad Shafiq bin Abdul Halim EXCO Gerak Gempur Operasi Strategik Pergerakan Pemuda Nasional Parti Wawasan Negara
Alhamdulillah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk memikul amanah sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Nasional (EXCO), Parti Wawasan Negara.
Pelantikan ini bukan sekadar satu penghormatan, tetapi merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang akan saya galas dengan penuh komitmen, integriti dan kesungguhan.
Saya bertekad untuk terus menyumbang tenaga, idea dan khidmat bakti dalam memperkukuh gerakan pemuda, memperjuangkan aspirasi anak muda serta membawa suara generasi muda ke arah masa depan yang lebih baik.
Terima kasih kepada kepimpinan parti, khususnya Pergerakan Pemuda Nasional, atas kepercayaan yang diberikan. Semoga amanah ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya demi kemajuan parti, kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.
Aliff Daniel bukan sahaja perlu disiasat oleh pihak penguat kuasa agama Islam, malah wajar disiasat di bawah Kanun Keseksaan sekiranya terdapat unsur mempersendakan atau menghina kepercayaan penganut agama lain.
Setiap agama mempunyai amalan dan kepercayaan tersendiri yang dilaksanakan berdasarkan kefahaman serta keimanan penganutnya.
Persoalannya, apakah tujuan Aliff Daniel melaksanakan ritual agama Hindu sedangkan beliau bukan penganut agama tersebut? Tindakan sedemikian boleh menimbulkan persoalan tentang penghormatan terhadap kepercayaan agama lain dan berpotensi dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.
Dari sudut Islam, tindakan seorang Muslim melaksanakan ritual agama lain yang bercanggah dengan akidah juga menimbulkan persoalan serius berkaitan pegangan dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.
Isu seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana tindakan seseorang, khususnya yang mendapat perhatian masyarakat, boleh menjadi ikutan pihak lain. Kita tidak mahu keharmonian Malaysia terjejas akibat perbuatan yang mencetuskan ketegangan atau mencampuradukkan amalan keagamaan tanpa memahami batas dan sensitiviti setiap agama.
Oleh itu, sebarang tindakan yang berpotensi menyinggung kepercayaan agama hendaklah ditangani berlandaskan undang-undang demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim Ketua Bahagian Gombak Parti Wawasan Negara
Sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Shah Alam kini membuka peluang kerjaya bagi jawatan HR Executive.
💼 Gaji: RM2,500 ke atas sebulan 📍 Lokasi: Shah Alam 🎓 Kelayakan: Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan. ✅ Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang HR.
💼 Gaji: RM3,500 – RM6,000 sebulan (bergantung pada pengalaman).
✅ Ijazah dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau bidang berkaitan. ✅ Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang kewangan, perakaunan atau audit. ✅ Mempunyai kemahiran analisis, pengurusan dan komunikasi yang baik.
📲 Berminat? Hantarkan CV terkini,
Jangan lepaskan peluang ini dan kongsikan kepada sahabat serta kenalan yang berkelayakan!
💼 Gaji: RM3,000 – RM5,000 sebulan, bergantung pada pengalaman 💰 Komisen tambahan berdasarkan prestasi jualan 🎓 Kelayakan: Sebarang ijazah teknikal/ kejuteraan
📈 Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman berkaitan.
📲 Berminat? Hantarkan CV anda melalui WhatsApp ke 011-7607 1169.
WhatsApp sahaja. Panggilan telefon tidak diterima.
Jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan juga kepada sahabat, keluarga dan kenalan yang sedang mencari pekerjaan!
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
CERAMAH KELOMPOK PERIKATAN NASIONAL – SERI BEMBAN
Jom hadir beramai-ramai ke Ceramah Kelompok Perikatan Nasional di Seri Bemban, Melaka!
Dengarkan perkongsian dan kupasan isu semasa bersama barisan pimpinan Wawasan Negara dan PAS.
🎤 BARISAN PENCERAMAH:
1. Tan Sri Ibrahim Abu Shah
Majlis Tertinggi Wawasan Negara
2. Shafiq Halim
EXCO Pemuda Wawasan Negara
3. Khairul Nadzir
Ketua Penerangan Pemuda PAS
4. Bibi Sunita Khan
Majlis Tertinggi Wawasan Negara
📅 Tarikh: 9 November 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Sebelah Warung Hj. Apit, Jalan BB 2, Bemban, Melaka.
Kehadiran dan sokongan anda amat dialu-alukan. Jumpa anda di sana!
1 week ago | [YT] | 161
View 7 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Jom hadir beramai-ramai ke Ceramah Kelompok Perikatan Nasional bagi DUN Bemban!
Ayuh bersama-sama mendengar kupasan isu semasa, perkongsian pandangan serta aspirasi demi masa depan rakyat dan negara.
🎤 BARISAN PENCERAMAH:
1. Datuk Ustaz Hj Kamarudin Sidek – YDP PAS Jasin
2. Shafiq Halim – EXCO Pemuda Wawasan Negara
3. Rafique Rashid – Ketua Penerangan Pejuang
4. Syed Hasan Syed Ali – Majlis Tertinggi Wawasan Negara
5. YB Ustaz Razman Zakaria – ADUN Gunung Semanggol
📅 Tarikh: 10 November 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9.00 malam – 12.00 tengah malam
📍 Lokasi:
11, Jalan Kesang Indah Utama,
Taman Kesang Indah, Bemban.
Kehadiran anda amat dialu-alukan. Bawalah keluarga, sahabat dan kenalan untuk bersama-sama memeriahkan program ini.
PERIKATAN NASIONAL – SUARA RAKYAT, ASPIRASI NEGARA.
#PerikatanNasional #DUNBemban #CeramahKelompok #Jasin #Melaka
1 week ago | [YT] | 152
View 17 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan bersama YBhg. Dato’ Nazari Adzim (BN) dan YB Dato’ Seri Takiyuddin Hassan (PN-PAS) untuk membantu serta menghadiri program ceramah di DUN Bukit Katil.
Marilah kita bersama-sama membirukan Melaka dan menolak kelompok merah demi membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat.
1 week ago | [YT] | 398
View 40 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Mohon kehadiran rakan-rakan bagi membuat Laporan Polis Terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung isu berkaitan proses keadilan dan dakwaan penyalahgunaan kuasa.
📍 Tempat: Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi
📅 Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu)
🕚 11.00 pagi – Laporan polis
🕛 12.00 tengah hari – Jangkaan selesai memberi keterangan
🕧 12.30 tengah hari – Sidang media dijangka berlangsung
Mohamad Shafiq bin Abdul Halim
Exco Gerak Gempur Operasi Strategik
Pergerakan Pemuda Nasional
Parti Wawasan Negara
Kerjasama dan kehadiran rakan-rakan amat dihargai bagi memastikan isu ini mendapat perhatian sewajarnya.
Terima kasih.
2 weeks ago | [YT] | 561
View 52 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
KENYATAAN MEDIA
Pergerakan Pemuda Wawasan Negara memandang serius tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS/JPPM) berhubung pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebelum keputusan mahkamah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2026 diumumkan.
Kami berpandangan bahawa tindakan tersebut menimbulkan persoalan dari sudut penghormatan terhadap proses kehakiman, khususnya sekiranya perkara yang menjadi asas tindakan itu masih dalam pertimbangan mahkamah. Sehubungan itu, kami menuntut penjelasan yang telus mengenai asas dan justifikasi tindakan berkenaan.
Kami turut bimbang sekiranya benar wujudnya usaha untuk menyekat perkembangan Perikatan Nasional, yang kini mendapat sokongan rakyat Malaysia dan dilihat sebagai salah satu pilihan politik bagi menerajui kerajaan pada masa hadapan.
Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda Wawasan Negara akan bersolidariti bertemakan “RESET SISTEM, TUNTUT KETELUSAN ROS!” pada 22 Oktober 2026, bermula pada jam 7.30 pagi di hadapan Pusat Penjaja Jalan Duta, sebelum berarak ke perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kami turut menjemput rakan-rakan daripada parti komponen Perikatan Nasional serta seluruh rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan Perikatan Nasional untuk bersama-sama bersolidariti secara aman bagi menuntut ketelusan, keadilan dan penghormatan terhadap proses kehakiman.
Mohamad Shafiq bin Abdul Halim
EXCO Gerak Gempur Operasi Strategik
Pergerakan Pemuda Nasional
Parti Wawasan Negara
3 weeks ago | [YT] | 177
View 24 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Alhamdulillah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk memikul amanah sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Nasional (EXCO), Parti Wawasan Negara.
Pelantikan ini bukan sekadar satu penghormatan, tetapi merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang akan saya galas dengan penuh komitmen, integriti dan kesungguhan.
Saya bertekad untuk terus menyumbang tenaga, idea dan khidmat bakti dalam memperkukuh gerakan pemuda, memperjuangkan aspirasi anak muda serta membawa suara generasi muda ke arah masa depan yang lebih baik.
Terima kasih kepada kepimpinan parti, khususnya Pergerakan Pemuda Nasional, atas kepercayaan yang diberikan. Semoga amanah ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya demi kemajuan parti, kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.
Amanah Digalas, Perjuangan Diteruskan.
#ShafiqHalim #WawasanNegara #PemudaWawasanNegara #PergerakanPemudaNasional
3 weeks ago | [YT] | 160
View 21 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Aliff Daniel bukan sahaja perlu disiasat oleh pihak penguat kuasa agama Islam, malah wajar disiasat di bawah Kanun Keseksaan sekiranya terdapat unsur mempersendakan atau menghina kepercayaan penganut agama lain.
Setiap agama mempunyai amalan dan kepercayaan tersendiri yang dilaksanakan berdasarkan kefahaman serta keimanan penganutnya.
Persoalannya, apakah tujuan Aliff Daniel melaksanakan ritual agama Hindu sedangkan beliau bukan penganut agama tersebut? Tindakan sedemikian boleh menimbulkan persoalan tentang penghormatan terhadap kepercayaan agama lain dan berpotensi dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.
Dari sudut Islam, tindakan seorang Muslim melaksanakan ritual agama lain yang bercanggah dengan akidah juga menimbulkan persoalan serius berkaitan pegangan dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.
Isu seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana tindakan seseorang, khususnya yang mendapat perhatian masyarakat, boleh menjadi ikutan pihak lain. Kita tidak mahu keharmonian Malaysia terjejas akibat perbuatan yang mencetuskan ketegangan atau mencampuradukkan amalan keagamaan tanpa memahami batas dan sensitiviti setiap agama.
Oleh itu, sebarang tindakan yang berpotensi menyinggung kepercayaan agama hendaklah ditangani berlandaskan undang-undang demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Mohamad Shafiq Bin Abdul Halim
Ketua Bahagian Gombak
Parti Wawasan Negara
1 month ago | [YT] | 294
View 28 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Peluang Pekerjaan untuk sahabat semua! 📢
Sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Shah Alam kini membuka peluang kerjaya bagi jawatan HR Executive.
💼 Gaji: RM2,500 ke atas sebulan
📍 Lokasi: Shah Alam
🎓 Kelayakan: Ijazah dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan.
✅ Pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang HR.
📲 Berminat? Hantarkan CV terkini
1 month ago | [YT] | 13
View 0 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Peluang Pekerjaan untuk sahabat semua! 📢
Jawatan Finance Controller di Shah Alam.
💼 Gaji: RM3,500 – RM6,000 sebulan (bergantung pada pengalaman).
✅ Ijazah dalam bidang Perakaunan, Kewangan atau bidang berkaitan.
✅ Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 4 tahun dalam bidang kewangan, perakaunan atau audit.
✅ Mempunyai kemahiran analisis, pengurusan dan komunikasi yang baik.
📲 Berminat? Hantarkan CV terkini,
Jangan lepaskan peluang ini dan kongsikan kepada sahabat serta kenalan yang berkelayakan!
#PeluangPekerjaan #JawatanKosong #FinanceController #Kerjaya
1 month ago | [YT] | 7
View 0 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Peluang Pekerjaan untuk sahabat semua! 📢
Business Development Executive / Manager.
💼 Gaji: RM3,000 – RM5,000 sebulan, bergantung pada pengalaman
💰 Komisen tambahan berdasarkan prestasi jualan
🎓 Kelayakan: Sebarang ijazah teknikal/ kejuteraan
📈 Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman berkaitan.
📲 Berminat? Hantarkan CV anda melalui WhatsApp ke 011-7607 1169.
WhatsApp sahaja. Panggilan telefon tidak diterima.
Jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan juga kepada sahabat, keluarga dan kenalan yang sedang mencari pekerjaan!
#PeluangPekerjaan #JawatanKosong #Kerjaya
1 month ago | [YT] | 5
View 0 replies
Load more