Saluran khas bagi peminat radio, disini saya menyiarkan kandungan seperti :

•DXing
•ID Jingle (Throwback & Now)
•Bandscan

DXer dari Seremban, Negeri Sembilan📻


Izzy DXer

Sebenarnya Kupikupifm Sabah bagi frekuensi 106.0 MHz Gunung Telapak Burok, tak SYNC pon dengan studio dari Kota Kinabalu, jika dengarkan di Audio+ pon, antara Kupikupifm Sabah 96.3 & City+ pon lain

So sebenarnya, frekuensi 106.0 MHz adalah rakaman semula dari studio KK, dimana studio lama City+ dijadikan studio rakaman untuk disunting, selepas itu mereka menghantar kandungan & signal kepada frekuensi 106.0 MHz

So frekuensi 96.3 MHz Bukit Karatong dan 106.0 MHz Gunung Telapak Burok sebenarnya membawa kandungan yang berbeza, 96.3 MHz Bukit Karatong adalah frekuensi sebenar Kupikupifm Sabah yang betul² LIVE, manakala 106.0 MHz hanya frekuensi rakaman Kupikupifm Sabah yang telah disunting sahaja

UPDATE TERKINI : 96.3 & 106.0 telah diseragamkan semula

1 week ago (edited) | [YT] | 4

Izzy DXer

1 Zulhijjah 1447H jatuh pada tarikh 18 Mei 2026M

Manakala Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah 1447H) jatuh pada tarikh 27 Mei 2026M

5 months ago | [YT] | 6

Izzy DXer

1 Syawal 1447H di Malaysia akan jatuh pada hari Sabtu (21 Mac 2026M)

7 months ago | [YT] | 4

Izzy DXer

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah & InsyaAllah, kita akan menyambut Ramadan bermula pada 19 Februari 2026M bersamaan dengan hari KhamisAssalamualaikum WBT

Alhamdulillah & InsyaAllah, kita akan menyambut Ramadan bermula pada 19 Februari 2026M bersamaan dengan hari Khamis

8 months ago (edited) | [YT] | 4

Izzy DXer

Untuk makluman semua peminat radio

CityPlus FM telah menamatkan frekuensi 106.0 MHz Seremban, turut stesen yang telah menutup frekuensi iaitu Tea FM yang menutup frekuensi 102.8 MHz Kota Kinabalu

Adakah 106.0 MHz bakal digunakan oleh Kool FM untuk Seremban? Untuk 102.8 Kota Kinabalu mungkin tiada penyambung, hanya tutup terus sahaja

8 months ago | [YT] | 6

Izzy DXer

Assalamualaikum WBT

Saya ingin membuat teguran berkenaan salah sebuah channel yang mula membuat kandungan berkenaan Radio terutamanya FM DX

Pertamanya, saya ingin membuat teguran bahawa jangan overclaim kalau siaran radio tu sebenarnya memang mustahil untuk terima isyarat, sebenarnya bunyi isyarat dari pemancar terdekat je, contohnya claim kononnya dapat isyarat IKIM FM 89.6 Bukit Pelindung di Melaka, tetapi hakikatnya lebih kepada bunyi IKIM FM 89.5 Gunung Ledang tu sendiri dan ada bunyi bercampur dengan RTM Ai FM 89.7 Gunung Telapak Burok (bergantung mana yang lebih kuat). Ada juga overclaim sampaikan radio dari Japan (melalui FM) terima isyarat dekat Melaka, tu memang tak logik

Kedua, kalau betul² tidak tahu berapa kuasa pemancar, kosongkan sahaja di ruangan description, jarak antara pemancar & penerima juga perlu menggunakan jarak garisan & bukannya jarak navigasi

Ketiga, anda dilarang sama sekali mengambil atau mencuri kandungan hak orang lain, tidak kira anda di platform mana sekalipon, anda perlu memberi kredit siapakah pemilik asal video tersebut, jika anda senang² sahaja mengambil video orang lain, anda boleh dikenakan tindakan sama ada amaran membuang video yang dicuri atau Youtube Channel anda disenarai hitam buat selamanya

9 months ago | [YT] | 8

Izzy DXer

Semua 34 stesen radio RTM akan bersiaran selama 24 jam menjelang tahun 2028

Kelantan FM merupakan stesen radio RTM negeri ke-7 yang menambah siaran selama 24 jam

11 months ago (edited) | [YT] | 8

Izzy DXer

Dengan Sambutan Ulang Tahun ke-62 hari ini, Kelantan FM akan On Air selama 24 jam secara rasmi dengan menggunakan Automation Mode pada 12am - 6am tanpa disambung siar dari Nasional FM

11 months ago | [YT] | 10

Izzy DXer

Hari ini 3 November, Kool FM akhirnya bersiaran secara rasmi di frekuensi :

87.6 MHz - Ipoh
88.1 MHz - Tampin, Melaka & Johor Utara
105.3 MHz - Johor Bahru

11 months ago | [YT] | 6

Izzy DXer

Frekuensi 87.6 MHz Ipoh, 88.1 MHz Melaka/Johor Utara & 105.3 MHz Johor Bahru sedang melakukan siaran percubaan untuk Kool 101

Makanya persoalan pon telah terjawab

Boleh set siap² frekuensi ini di dalam kereta untuk pendengar² di sekitar Ipoh, Melaka, Johor Utara, Tampin & Johor Bahru

87.6 MHz : Ipoh
88.1 MHz : Tampin, Melaka & Johor Utara
105.3 MHz : Johor Bahru

1 year ago | [YT] | 5