SELAMAT DATANG KE SALURAN RASMI ADAAMAINA 🩵
Adaamaina adalah identiti muzik digital yang menggabungkan rasa manusia dengan inovasi teknologi. Saya merupakan penulis lagu dan pencipta muzik AI berunsur emosi, motivasi, dan penyembuhan jiwa (healing).
Kreativiti Manusia, Sentuhan Teknologi:
Setiap karya bukanlah dijana kosong secara rawak oleh mesin, sebaliknya:
• Lirik Asal: Nukilan asli daripada ilham Adaamaina sendiri.
• Idea Melodi & Humming: Bermula daripada draf vokal asas sebagai panduan utama komposisi.
• AI Production: AI digunakan sebagai medium menterjemah visi kreatif saya ke dalam kualiti vokal & muzik yang sempurna.
Nadi Muzik Adaamaina:
Lagu-lagu di sini membawa tema ketabahan, luka yang dipendam, dan harapan untuk bangkit semula,walaupun secara perlahan.
🎵 Lagu baharu secara berkala.
🤍 Muzik untuk jiwa yang lelah.
🎧 Dengar. Rasakan. Bangkit bersama.
© 2025 – 2026 Adaamaina. Hak Cipta Terpelihara.
Semua lirik & melodi asal adalah harta intelek Adaamaina.
Adaamaina
LEKA
11 JULAI 2026 • 8.00 Malam
Kolaborasi pertama.
Sebuah karya baharu daripada
Adaamaina x Shahrawks
2 months ago | [YT] | 22
View 7 replies
Adaamaina
Assalamualaikum..
🎧 Untuk yang pernah dengar lagu asal
"Aku Akan Pergi" – Adaamaina, kali ini saya cuba bawakan satu nafas baru...
🔥 Deep House Remix
Korang rasa macam mana versi baru ni?
Drop komen 🔥 kalau korang suka!
3 months ago | [YT] | 28
View 2 replies
Adaamaina
“AKU MASIH DI SINI”
Lagu ini bukan tentang menjadi kuat sepanjang masa.
Ia tentang seseorang yang pernah jatuh, hilang arah, dan penat dengan dunia…
tetapi masih memilih untuk terus hidup walaupun perlahan.
Untuk semua yang diam-diam sedang melawan diri sendiri,
yang senyum walau hati lelah,
yang masih cuba bernafas dalam sunyi,
lagu ini untuk kalian. 🖤
“cukup… masih ada.”
4 months ago | [YT] | 28
View 4 replies
Adaamaina
Assalamualaikum
📢✨ INFO UNTUK SEMUA PENDENGAR LAGU ADAAMAINA
Hi semua 👋🤍
Ramai yang tanya kenapa tak jumpa lagu-lagu saya di channel ini.
Untuk makluman, kebanyakan karya saya sebelum ini direlease melalui YouTube Topic, Spotify & iTunes 🎧
Jadi kalau tak nampak video rasmi di sini, jangan risau ya 😊
👉 Pergi ke profile YouTube Adaamaina
👉 Tekan bahagian “Releases / Music”
👉 Di situ semua lagu-lagu lama saya ada disusun untuk anda dengar 🎶
Sekarang saya dah berkesempatan untuk buat video lirik bagi lagu-lagu yang pernah saya release sebelum ini 🎬🎶
InsyaAllah saya akan mula upload satu demi satu video lirik untuk semua lagu tersebut.
Harap sangat semua yang follow Adaamaina boleh terus support dan sama-sama layan versi visual lagu-lagu ini 💛
Terima kasih sebab sentiasa support perjalanan muzik saya sampai hari ini 🙏✨
5 months ago | [YT] | 28
View 1 reply
Adaamaina
🎧 ARUNIKA kini sudah release!
Lagu penuh sudah boleh didengar
di YouTube, Spotify & iTunes.
Ada yang kata karya AI itu kosong dan kaku…
Tapi Arunika hadir membuktikan sebaliknya.
Lagu ini bukan sekadar hasil ‘tekan-tekan prompt’. Ia dibina atas vokal asas, melodi, dan lirik asli manusia. AI hanyalah inmanusia, namun rohnya tetap lahir daripada debaran jantung dan intuisi penciptanya.
Sepanjang perjalanan Adaamaina, saya berusaha memahat ‘jiwa’ dalam setiap bait. Vokal digital ini perlu kurasi teliti agar terasa ‘hidup’,proses yang panjang, pergelutan kreatif yang nyata. Ini adalah seni lahir daripada rasa yang mendalam.
Tentang lirik… saya pilih penyampaian yang lebih mendalam. Biarlah hati anda yang menterjemah bahasa yang saya bingkaikan.
Dengarlah dengan rasa, bukan sekadar telinga, kerana seni yang sebenar bermula dan berakhir dengan manusia.
6 months ago (edited) | [YT] | 11
View 0 replies
Adaamaina
Ramadhan Peluk Aku Dalam Doa 🤍
Tiga versi. Satu jiwa.
Original | Dual | Soul
Susunan muzik hampir sama,
bezanya cuma pada tempo dan rasa yang mengalir berbeza.
yang ini paling dekat dengan jiwa saya — Soul Version 🌙
Kalau pernah rasa penat tapi masih berharap pada doa, lagu ini untuk awak ✨
“Versi mana paling kena dengan jiwa awak?
1️⃣ Original
2️⃣ Dual
3️⃣ Soul 🌙
Comment nombor pilihan awak 🤍”
Dah available sekarang di YouTube & semua platform digital 🎧
Terima kasih atas sokongan 🤍
7 months ago | [YT] | 12
View 0 replies
Adaamaina
Sumud Nusantara
1 year ago | [YT] | 6
View 0 replies
Adaamaina
AKU TAKKAN MENGALAH
1 year ago | [YT] | 6
View 0 replies