Stomach of Chaos

STOMACH OF CHAOS (SoC) is the visual counterpart to my blog 「mu chitsujo no i」which covers a myriad of topics, and drivel. This channel will focus more on Japan and the things I love about this country, understandably as I was a nascent weeb from the age of 9.

As the ANIMU DIVISYEN, SoC works closely with friends in BuzzPOPTV, Malaysia's prominent online source of pop culture news, to bring you the SEMBANG ANIME video and audio podcasts, and livestream sessions.

My name is クドー/Kudō and I am a Malaysian currently working in England, who needs to go to Japan more often.


Stomach of Chaos

Sempena dua episod terakhir BLEACH TYBW THE CALAMITY yang bakal menemui kita 19.10 dan 26.10.26 ini, Shibuya Scramble telah diberikan penangan visual sepenuhnya dari Pierrot Films dan sekutunya!

https://youtu.be/M9jGMyQNk2Y

4 days ago | [YT] | 0

Stomach of Chaos

#animudivisyen SoC x ‪@BuzzPopTV‬ bakal meninjau tajuk-tajuk animu musim luruh 2026 di saluran YouTube kami pada AHAD 18.10.2026 jam 9 MALAM 🇲🇾.

Bersama Amberhek dan Alleef “Comicslord” Ashaari!

行くぜ!

5 days ago | [YT] | 4

Stomach of Chaos

Seiyuu untuk Kurosaki Kazuya pula telah juga diumumkan di majalah WSJ 28.09.2026 iaitu TACHIBANA AZUSA.

“Lakonsuara anime pertama saya dengan BLEACH TYBW merupakan titik permulaan utama dalam pemahaman mendalam saya tentang siri ini.

“Saya hampir tidak mempunyai pengalaman dengan manga shonen sebelum ini, tetapi sebaik sahaja saya mula membaca BLEACH, saya serta-merta tertarik ke dalam dunianya, dan saya cepat membeli semua jilid dan membaca semuanya dalam masa dua hari.

“Ia adalah kali pertama saya begitu mendalami dunia manga, dan ia menjadi pertemuan yang sangat tidak dapat dilupakan dengan karya yang meninggalkan kesan yang berkekalan kepada saya.

“Saya berasa sangat berbesar hati kerana dapat menyertai siri sukaramai ini sebagai Kazuya.

Saya sangat gementar dan merasakan rasa tanggungjawab yang besar semasa uji bakat, tetapi Kubo-san, kakitangan Pierrot Films, dan para seiyuu menyambut saya dengan mesra.

“Walaupun saya tidak mengenali IP BLEACH ini pada peringkat awal, tetapi tidak kira bila atau bagaimana anda pertama kali menemuinya, saya menyedari bahawa ianya karya yang mempunyai kuasa yang luar biasa untuk menjadi IP sukaramai. Sama ada anda peminat tegar atau seseorang yang baru menonton, mari kita terus mencintai dunia BLEACH bersama-sama!”

Tachibana juga seiyuu untuk beberapa watak kecil di IP anime lain seperti Gotobun no Hayanome* (Lily), The Classroom of a Black Cat and a Witch (Aries) dan Anne Shirley (Ella May).

Dua episod terakhir BLEACH TYBW THE CALAMITY boleh ditonton 19 dan 26.10.2026 di saluran Disuni+.

2 weeks ago (edited) | [YT] | 0

Stomach of Chaos

Seiyuu untuk Ichika Abarai telah diumumkan di majalah WSJ 28.09.2026 iaitu OHASHI AYAKA.

“Minat saya dengan BLEACH bermula apabila seorang rakan memberitahu saya mengenainya semasa tahun pertama sekolah menengah rendah. Toshiro Hitsugaya sangat hebat, saya serta-merta terpikat!! Saya masih ingat dengan jelas betapa gembiranya saya apabila saya pergi ke kedai anime bersama ayah saya buat kali pertama dalam hidup saya dan dia membelikan saya tuala Toshiro.

“Pada masa itu, 28 jilid manga telah dikeluarkan, dan walaupun saya baru berada di sekolah menengah rendah, saya dengan berani membeli semuanya. Sewaktu Arrancar arc sedang ditayangkan di TV, saya ke TSUTAYA setiap minggu untuk menyewa episod-episod sebelumnya dan menonton kesemuanya. Saya begitu asyik sehingga saya nampaknya berkata ‘BANKAI!’ dalam tidur saya (笑). Malah pergaduhan yang saya alami dengan seorang rakan di Jump Festa pertama saya kini menjadi kenangan berharga. Begitulah BLEACH sentiasa menjadi sebahagian daripada zaman muda saya.

“Apabila saya menerima skrip untuk BLEACH TYBW THE CALAMITY, tangan saya menggigil, dan saya tidak dapat tidur pada malam sebelum sesi rakaman kerana saya sangat gementar. Apabila saya memasuki studio, saya diliputi emosi apabila mendengar suara Ichigo dan yang lain, yang hanya pernah saya dengar di TV sebelum ini. Bertemu Tite Kubo sendiri membuatkan saya lebih emosional, berfikir, "Mereka benar-benar wujud...!" Ahli-ahli pelakon semuanya sangat baik hati, dan selepas rakaman itu, saya sangat gembira kerana dapat mengambil gambar keluarga bersama Fumiko Orikasa dan Kentaro Ito!!

“Jika saya memberitahu diri saya semasa sekolah menengah bahawa saya akan memainkan watak anak perempuan Rukia dan Renji suatu hari nanti, saya rasa saya tidak akan mempercayainya (笑). Dapat menyertai BLEACH, yang merupakan pemangkin kepada aspirasi saya untuk menjadi pelakon suara, adalah peluang keemasan yang akan saya hargai seumur hidup!!

“Saya harap anda akan terus menyokong untuk meminati BLEACH dan Ichika-chan untuk bertahun-tahun akan datang.”

Dreams do come true! Ohashi juga seiyuu untuk beberapa IP anime lain seperti Uma Musume Pretty Derby (Vodka), The iDOLM@STER Cinderella Girls (Shimamura Uzuki) dan Hibike! Euphonium (Kamaya Tsubame).

Dua episod terakhir BLEACH TYBW THE CALAMITY boleh ditonton 19 dan 26.10.2026 di saluran Disuni+.

2 weeks ago | [YT] | 0

Stomach of Chaos

Tamatlah sudah YANISŪ: BEHIND THE SUPERMARKET, SMOKING WITH YOU スーパーの裏でヤニ吸うふたり. Saya suka slice of life romcom, oleh itu 7/10.

Volume 2 blu-ray bakal direlease 14.10.2026 untuk peminat yang mengumpul media fizikal.

YANISŪ boleh ditonton di saluran NETFLIX. Dan ingat… ROKEN IS DODELIJK!

#アニメ #smokingbehindthesupermarketwithyou #スーパーの裏でヤニ吸うふたり

2 weeks ago | [YT] | 3

Stomach of Chaos

Berakhir sudah DRAW THIS, THEN DIE! これ描いて死ね, dan musim 2 telah diumumkan studio Shin-Ei Animation! Season finale yang agak heartwarming. 7/10

DTTD boleh ditonton di saluran NETFLIX.

#アニメ #drawthisthendie #これ描いて死ね

3 weeks ago | [YT] | 0

Stomach of Chaos

Seiyuu untuk watak KAZUI KUROSAKI dan ICHIKA ABARAI bakal diumumkan di naskah Weekly Shōnen Jump #44 Isnin hadapan 28.09.2026. Nantikan!

BLEACH TYBW THE CALAMITY boleh ditonton di saluran Disuni+.

3 weeks ago | [YT] | 0

Stomach of Chaos

Rasa tak best weekend baru ni tanpa episod SEIHANTAI! Anyway E12 boleh ditonton 27.09.2026 ini dan diikuti oleh series finale (yup, tammat habis) 04.10.2026.

#アニメ #seihantainakimitoboku #youandiarepolaropposites

3 weeks ago | [YT] | 0

Stomach of Chaos

Amacam E24 YOMI NO TSUGAI? The plot thickens kan. Dan produksi untuk musim ke-2 telah diumumkan. Tarikh TBC.

7/10.

#yominotsugai #hiromuarakawa #bonesfilm #アニメ

4 weeks ago | [YT] | 0

Stomach of Chaos

Tarikh tayangan E49 dan 50 BLEACH TYBW THE CALAMITY telah ditangguhkan ke akhir bulan Oktober:
E49 19.10.2026
E50 26.10.2026

PIERROT FILMS menjanjikan pembikinan kedua-dua episod terakhir siri mendapat tumpuan yang terbaik dari staf animasi supaya sakuga final battle gedegang habis.

Nantikan!

Sumber: x.com/bleachanimation/status/2098781427407925379

1 month ago | [YT] | 1