PINS TV adalah merupakan saluran TV online rasmi bagi Pusat Informasi Negeri Selangor (PINS) yang memaparkan video-video terbitan PINS berkenaan informasi di negeri Selangor.


PINS TV

KUALA LUMPUR – Kes rasuah berprofil tinggi bukan sekadar melibatkan kehilangan wang sebaliknya mampu menjejaskan reputasi, kredibiliti dan integriti sesebuah negara di mata dunia.

Ahli Parlimen Segamat merangkap Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, apabila individu yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam negara disabitkan dengan kesalahan rasuah, kesannya jauh melangkaui keputusan di mahkamah.

Menurutnya, kes sedemikian boleh menggugat keyakinan pelabur asing, institusi antarabangsa dan rakan diplomatik terhadap keupayaan tadbir urus negara.

“Rasuah turut menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan, agensi penguatkuasaan dan sistem keadilan apabila individu yang diberikan amanah menyalahgunakan kedudukan mereka.

“Jika rasuah dipertahankan atau diraikan hanya kerana individu terbabit pernah memegang kuasa, masyarakat berisiko menerima mesej berbahaya bahawa pengaruh politik lebih penting daripada akauntabiliti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: MalaysiaTribune

(Gambar 2, 3 & 4 Arkib; Sewaktu Beliau Mengetuai Angkatan Muda Keadilan Johor 5 Tahun Lalu)

8 hours ago | [YT] | 9

PINS TV

🚨 BANJIR SELANGOR: 985 MANGSA MASIH BERLINDUNG DI PPS!

Jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor meningkat kepada 985 orang daripada 275 keluarga setakat jam 10 pagi, bertambah 51 mangsa dan 12 keluarga berbanding malam tadi.

Menurut InfoBencana JKM, Kuala Selangor kekal satu-satunya daerah di Selangor yang merekodkan mangsa banjir di PPS.

linktr.ee/PINS.Selangor

10 hours ago | [YT] | 3

PINS TV

Kalau Canal City Ada, Selangor Tak Banjir? Benarkah? Jom Kita Semak Fakta.

1. Pertamanya, kita perlu memahami sejarah projek ini terlebih dahulu. Projek Canal City telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor pada tahun 2003.

2. Projek ini melibatkan kawasan tanah seluas 5,270.72 ekar di Kuala Langat.

3. Projek ini berteraskan konsep Inland Water City, iaitu pembangunan sebuah bandar berasaskan sistem perairan. Ia melibatkan pembinaan terusan sepanjang 18 kilometer yang menghubungkan Sungai Klang dengan muara Sungai Langat.

4. Projek ini melibatkan anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS/PNSB), bersama syarikat swasta Radiant Pillar Sdn. Bhd. Kerjasama ini kemudiannya membentuk syarikat Canal City Construction Sdn. Bhd.

5. Antara perkara yang terkandung dalam perjanjian kerjasama tersebut ialah:

Obligasi Canal City Construction Sdn. Bhd.:

i. Mereka bentuk, membina dan menyiapkan terusan tebatan banjir sepanjang 18 kilometer dengan kos RM530 juta.

ii. Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor bertanggungjawab melaksanakan pengambilan tanah dengan kos RM430 juta.

iii. Memindahkan masyarakat Orang Asal di Bukit Kemandol dan Tanjung Rabok dengan kos RM180 juta.

iv. Memindahkan penduduk setinggan dengan kos RM4.87 juta.

Manakala obligasi Radiant Pillar Sdn. Bhd. pula ialah:

i. Membangunkan sebuah perbandaran baharu di sekitar terusan seluas 4,907.56 ekar.

ii. Membayar pulangan berjumlah RM1.345 bilion secara berperingkat dalam tempoh 20 tahun kepada Canal City Construction Sdn. Bhd. bagi membiayai obligasi syarikat tersebut yang berjumlah RM1.28 bilion.

iii. Menjamin keuntungan minimum sebanyak RM74 juta kepada Canal City Construction Sdn. Bhd., manakala PNSB akan memperoleh pulangan sebanyak RM22.2 juta.

6. Pada tahun 2008, kerajaan negeri bertukar tangan. Projek ini masih belum dilaksanakan, walaupun proses pemindahan tanah telah berlaku.

Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melihat perjanjian ini sebagai sesuatu yang tidak adil. Pada pandangannya, projek ini bukan semata-mata bertujuan membina sistem tebatan banjir, sebaliknya berpotensi menjadi jalan untuk mengambil kesempatan terhadap tanah milik kerajaan negeri.

7. Oleh itu, Tan Sri Khalid mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya meneliti semula projek tersebut, khususnya dari sudut keberkesanan pembinaan terusan itu dalam menangani masalah banjir.

8. JPS kemudiannya menjalankan kajian meja (Desktop Study). Laporan kajian tersebut diserahkan kepada Menteri Besar pada 24 Disember 2008.

Antara dapatan kajian tersebut ialah kapasiti takungan air sedia ada yang telah dibina oleh kerajaan adalah mencukupi. Selain itu, peningkatan paras air di Lembangan Sungai Langat dijangka berlaku di sekitar Jeti Sritamas, Bandar Banting, iaitu antara 3 hingga 5 sentimeter.

Berdasarkan dapatan tersebut, kajian merumuskan bahawa pembinaan terusan berkenaan bukanlah penyelesaian kepada masalah banjir seperti yang digambarkan.

9. Kerajaan Selangor kemudiannya merancang dan melaksanakan pendekatan lain bagi menangani masalah banjir di negeri ini.

10. Tan Sri Khalid telah memulakan perancangan mitigasi banjir untuk jangka masa 50 tahun, antaranya melalui pembinaan HORAS 600 (Hybrid Off-River Augmentation Storage).

Projek ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko banjir, malah berfungsi sebagai sumber simpanan air mentah ketika musim kemarau. Projek HORAS 600 siap pada Oktober 2019.

11. Kawasan rizab sungai juga telah digazetkan bagi memastikan kawasan persisiran sungai terus dilindungi. Tiada sebarang bentuk pembangunan boleh dilakukan sewenang-wenangnya di kawasan rizab tersebut.

12. Selangor turut melaksanakan program River of Life yang antara lain bertujuan memelihara dan memulihkan sungai, memastikan bekalan air mentah mencukupi serta meningkatkan pengurusan sistem sungai.

13. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, Kerajaan Selangor turut mempunyai SelFMiP (Selangor Flood Mitigation Plan) dan RS-2 (Rancangan Selangor Kedua) sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk menangani masalah banjir.

14. Jelas sekali, usaha menangani masalah banjir sentiasa menjadi antara keutamaan Kerajaan Selangor demi kesejahteraan negeri dan rakyatnya.

15. Sekarang, saya ingin bertanya kepada mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo:

Bagaimanakah projek Canal City ini mampu mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Melayu Subang?

16. Adakah projek yang terletak di Kuala Langat ini mampu menyelesaikan masalah banjir yang melibatkan Sungai Damansara dan Pelempas?

17. Akhir sekali, nasihat saya, berhentilah menunggang isu ini seolah-olah segala masalah yang berlaku hari ini berpunca daripada kerajaan semasa.

Hakikatnya, projek ini diluluskan pada tahun 2003, tetapi sehingga tahun 2008 masih belum dilaksanakan.

Jika benar projek tebatan banjir ini begitu penting, mengapa terusan tersebut tidak disiapkan terlebih dahulu sebelum pembangunan mega Inland Water City dilaksanakan?

18. Namun akhirnya, keseluruhan perancangan ini tidak menjadi kenyataan apabila syarikat pemaju turut berhadapan dengan masalah kewangan yang kronik, sehingga memberi peluang kepada Kerajaan baharu Selangor mengkaji projek ini.

19. Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil alih pentadbiran Selangor pada tahun 2008 kerana menyemak semula perjanjian ini dan menyelamatkan kepentingan tanah kerajaan negeri daripada berisiko dieksploitasi oleh pihak pemaju.

Terima kasih.

Fairul al-Qasas

14 hours ago | [YT] | 7

PINS TV

Permohonan bagi kategori ini dibuka secara rasmi bermula Selasa, 10 November 2026, jam 10:00 pagi. Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi aplikasi SELANGKAH. Maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi BINGKAS di bingkasselangor.com/

Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

- Warganegara Malaysia dan pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
- Mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
- Menanggung sekurang-kurangnya dua (2) orang anak berusia di bawah 18 tahun.
- Tidak pernah menerima Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

2 days ago | [YT] | 11

PINS TV

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI

BANJIR: PM UMUM BANTUAN TUNAI TAMBAHAN KHAS RM2,500 UNTUK SETIAP KETUA ISI RUMAH DI SELANGOR

Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai tambahan khas RM2,500 untuk Ketua Isi Rumah setiap mangsa banjir yang layak di Selangor, dengan pembayaran dijangka bermula 10 November 2026.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban mangsa bagi menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir, manakala kaedah pelaksanaan dan syarat kelayakan akan diumumkan oleh agensi pelaksana.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengarahkan supaya pelaksanaan projek tebatan banjir dipercepatkan bagi menangani kejadian banjir berulang.

PEJABAT PERDANA MENTERI
9 November 2026

2 days ago | [YT] | 26

PINS TV

Bekas Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan bekas Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN), beliau juga adalah pencipta lagu Anak Kecil Main Api, Tan Sri Nordin Kardi, mengeluarkan satu peringatan politik yang menarik perhatian apabila menyifatkan pihak yang terlalu bersungguh-sungguh mahu melihat Pakatan Harapan (PH) kalah dan tumbang mungkin akan berdepan penyesalan pada masa hadapan.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau menulis:

“Mereka yang beriya-iya nak supaya PH kalah dan jatuh akan menyesal panjang suatu hari nanti. Watch my words.”

Kenyataan ringkas itu membawa mesej yang cukup tajam kepada pihak yang menjadikan kejatuhan PH sebagai matlamat politik. Nordin seolah-olah mengingatkan bahawa percaturan politik tidak semestinya berakhir seperti yang diharapkan.

Ungkapan “Watch my words” atau “ingat kata-kata saya” turut menimbulkan tanda tanya tentang perkembangan politik yang mungkin sedang diperhatikannya.

Apakah yang dimaksudkan dengan “menyesal panjang” itu? Adakah beliau melihat kemungkinan perubahan landskap politik yang bakal mengejutkan pihak yang begitu mengharapkan PH tumbang?

Setakat hantaran tersebut, Nordin tidak memperincikan maksud sebenar peringatannya. Namun, kenyataan itu pastinya mengundang pelbagai tafsiran dalam kalangan pemerhati politik.

Apa pun, mesej beliau jelas: terlalu ghairah meraikan kemungkinan kejatuhan pihak lawan belum tentu menjamin kemenangan atau keuntungan politik kepada pihak sendiri.

#dtvchannel

3 days ago | [YT] | 141

PINS TV

Ini Fakta sebenar, boleh rujuk Hansard DUN Selangor.. beban kesalahan adalah dibawah kerajaan BN Selangor ketika era Khir Toyo. (nak screenshot Hansard Selangor tapi loading memanjang)

Tapi, kerajaan PH Selangor pun ada terlibat sama kerana terpaksa meneruskan proses nyahmilik tanah hutan kerana berhadapan dgn saman dari pemaju perumahan yang diberi hak milik oleh Khir Toyo ketika itu..

(Mohd Shah Rim)

5 days ago | [YT] | 15

PINS TV

🪔 120 WARGA EMAS KUALA SELANGOR TERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI!

Seramai 120 warga emas sekitar Kuala Selangor menerima sumbangan sempena Deepavali menerusi program anjuran Persatuan Kebajikan Warga Emas Kuala Selangor.

linktr.ee/PINS.Selangor

1 week ago | [YT] | 16

PINS TV

🚜 JTM SERASI MADANI PERKASA KEMAHIRAN KOMUNITI TANJONG KARANG!

Majlis perasmian di SK Parit Serong disempurnakan Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Azman Mohd Yusof, bersama Ketua Pengarah JTM, Dato' Haji Mohamad Zahri Samingon serta tetamu kehormat, Haji Mohd Yahya Mat Sahri, Pegawai Penyelaras DUN Permatang.

linktr.ee/PINS.Selangor

1 week ago | [YT] | 8

PINS TV

MBSA buka permohonan penganjuran bazar raya 2027 mulai hari ini

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka permohonan penganjuran bazar raya 2027 di kawasan pentadbirannya bermula hari ini hingga 30 November.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan permohonan perlu dikemukakan ke Kaunter Gerbang Perkhidmatan Shah Alam (GPSA), Tingkat G, Wisma MBSA.

"Penganjur perlu menyediakan beberapa dokumen bagi tujuan permohonan iaitu surat permohonan, surat kebenaran pemilik tanah, bangunan atau tempat letak kereta serta pelan lokasi.

“Penganjur juga perlu mengemukakan gambar lokasi tapak bazar dan senarai nama peniaga bazar raya," katanya menerusi Facebook.

Penganjur yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan tentang pemohonan boleh kemukakan perkara tersebut menerusi e-mel Bazar@mbsa.gov.my

1 week ago | [YT] | 7