Selamat datang ke Financial Faiz - saluran yang memudahkan topik kewangan untuk semua rakyat Malaysia. Kami bawakan video pendek dan panjang tentang duit gaji, simpanan, pelaburan, hutang, cukai, rumah, kereta dan isu semasa yang melibatkan kewangan anda. Misi kami jelas: bantu anda buat keputusan kewangan yang lebih bijak dan faham apa yang berlaku dalam ekonomi dengan bahasa mudah, gaya santai dan terus terang. Kami tak jual produk, tak sembang kosong - cuma ilmu dan info yang relevan. Sesuai untuk anak muda, pekerja, usahawan dan sesiapa yang nak ubah hidup melalui pemahaman kewangan. Subscribe sekarang dan jadikan celik kewangan sebagai lifestyle anda.

business@financialfaiz.com
jobs@financialfaiz.com
internship@financialfaiz.com
FF Studios Sdn. Bhd.
(202201021761)


Financial Faiz

[S04:E05] Bil hospital makin naik, kita bayar apa sebenarnya? - Dr Ridhwan Hassan, Valiance Health

Pernah tengok bil hospital yang panjang berjela, tetapi masih tertanya-tanya bagaimana setiap caj rawatan ditentukan? Kenapa harga ubat, peralatan dan prosedur boleh berbeza antara hospital? Dan adakah hospital yang lebih mahal akan menawarkan rawatan yang lebih baik?

Podcast Financial Faiz kali ini bersama dengan Dr Ridhwan Hassan, Co-Founder and CTO Valiance Health, sebuah ‘startup’ tempatan yang didanakan oleh ‘venture capital’ untuk berkongsi bagaimana teknologi dan analisis data boleh membantu hospital memahami kos rawatan, meningkatkan kecekapan operasi serta menilai kualiti perkhidmatan berdasarkan hasil rawatan pesakit.

13 hours ago | [YT] | 0

Financial Faiz

Rupiah jatuh, kos hidup naik: Rakyat Indonesia makin terbeban?

Indonesia kini berdepan pelbagai cabaran yang memberi tekanan kepada ekonomi dan kehidupan rakyatnya. Kejatuhan pasaran saham sehingga 11% dalam sehari serta nilai rupiah yang semakin lemah menimbulkan persoalan tentang kestabilan ekonomi dan keyakinan pelabur terhadap negara jiran kita.

Bukan itu sahaja, masalah yang berlaku turut memberi kesan kepada negara sekitar. Pembakaran hutan menyebabkan jerebu merentasi sempadan, manakala ketidaktentuan ekonomi Indonesia berpotensi mempengaruhi keyakinan pelabur terhadap pasaran Malaysia dan negara ASEAN yang lain.

Dalam video kali ini, kita akan kupas dengan lebih mendalam punca di sebalik krisis Indonesia, termasuk isu rasuah dan kronisme, pengangguran anak muda serta pemotongan subsidi yang semakin membebankan rakyat.

1 day ago | [YT] | 30

Financial Faiz

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2026

Semoga perayaan Deepavali membawa kebahagiaan, kedamaian dan kemakmuran buat semua yang meraikannya. Moga semangat perpaduan terus terjalin dalam masyarakat kita.

#financialfaiz #ffstudios #happydeepavali #deepavali2026 #festivaloflights

3 days ago | [YT] | 23

Financial Faiz

[S04:E04] Apa sebenarnya berlaku pada bil elektrik kita? - Datuk Ir. Kamal Arifin, CReO TNB

Bil elektrik berubah, AFA pula jadi bualan. Tapi berapa ramai sebenarnya yang faham apa maksud semua ni?

Kenapa bil sesetengah orang berubah? Ada yang banyak, ada yang sikit je. Apa kaitan harga bahan api dunia dengan bil elektrik kita? Dan macam mana nak tahu sama ada penggunaan elektrik kita dah optimum?

Podcast Financial Faiz kali ni bersama dengan Datuk Ir. Kamal Arifin A. Rahman, Chief Retail Officer TNB untuk jawab persoalan yang ramai pengguna nak tahu, termasuk cara memahami bil elektrik dan pilihan seperti Time-of-Use (ToU).

Jom dengar penjelasan daripada pihak TNB sendiri.

1 week ago | [YT] | 0

Financial Faiz

[S04:E02] Urus harta ikut Islam: Apa yang ramai terlepas pandang? - Mufti Selangor, CEO ASNB

Mengurus harta bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita mampu kumpul, tetapi juga bagaimana kita menjaga, melindungi dan mengagihkannya mengikut tuntutan Islam.

Inisiatif Solusi Kewangan Islam ASNB merangkumi pelbagai aspek pengurusan harta, daripada pembayaran zakat dan perlindungan kewangan keluarga hinggalah kepada perancangan pewarisan harta. Kini, ASNB turut memudahkan pelabur Muslim menunaikan zakat melalui pengenalan Kelas B, yang membolehkan urusan pembayaran zakat diuruskan oleh ASNB.

Podcast Financial Faiz kali ini mengupas bagaimana pelabur boleh memahami pelaksanaan zakat ini serta peranan zakat dalam perancangan kewangan Islam bersama dengan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Prof Dato' Dr. Anhar Opir dan Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Eksekutif ASNB, Encik Fadzihan Abbas.

1 week ago | [YT] | 0

Financial Faiz

Tiket flight murah, macam mana airline buat UNTUNG?

Pernah tak korang tengok harga tiket flight murah, tapi bila nak checkout tiba-tiba harga dah naik? Kenapa benda ni berlaku?

Sebenarnya, industri penerbangan mempunyai pelbagai strategi untuk menjana pendapatan. Daripada caj bagasi, pemilihan tempat duduk dan makanan atas kapal terbang, sehinggalah kepada tiket Business Class dan program kesetiaan.

Dalam video kali ini, kita bongkar macam mana syarikat airline buat duit, kenapa harga tiket boleh berubah dan apa beza model bisnes Low-Cost Carrier seperti AirAsia dengan Full-Service Carrier seperti Malaysia Airlines.

Tonton sampai habis supaya korang boleh buat pilihan yang lebih bijak bila nak tempah tiket flight!

2 weeks ago | [YT] | 1

Financial Faiz

[S02:E04] Business owner meninggal, bisnes terus tutup? - Mohamed Ibrahim

Ramai usahawan sibuk membina bisnes, tetapi pernahkah kita fikir siapa yang akan menguruskannya apabila kita sudah tiada?

Tanpa perancangan yang betul, urusan akaun bank, hutang, operasi syarikat dan pembahagian harta pusaka boleh menjadi cabaran besar kepada keluarga serta rakan kongsi.

Dalam episod Financial Faiz Podcast kali ini, Tuan Mohamed Ibrahim berkongsi perkara yang perlu difahami oleh pemilik Enterprise dan Sdn Bhd, termasuk kepentingan perancangan legasi dan perlindungan perniagaan.

Bina bisnes untuk masa depan. Pastikan juga ada perancangan jika kita tiada.

3 weeks ago | [YT] | 7

Financial Faiz

iPHONE 18 PRO MAX RM12,000: Beli CASH atau TELCO?

Diskaun lebih RM1,000 untuk iPhone memang nampak menarik. Tetapi apabila pembelian itu datang bersama kontrak telco selama 36 bulan, ada beberapa perkara yang korang perlu kira terlebih dahulu. Kadangkala, pengguna yang memang sudah menggunakan pelan tersebut boleh berjimat, tetapi pengguna yang perlu menaik taraf pelan mungkin mendapat hasil yang berbeza.

Dalam video ini, kita bandingkan pembelian iPhone 18 Pro Max 2TB melalui telco, pembayaran tunai dan kad kredit dengan ansuran 0% EPP. Kita juga lihat bagaimana kos tambahan bulanan boleh mengubah penjimatan sebenar, khususnya bagi pengguna yang sebelum ini hanya membayar RM40 atau RM89 sebulan untuk talian telefon mereka.

Akhirnya, membeli telefon bukan sekadar soal mampu membayar ansuran bulanan. Persoalannya, adakah telefon berharga hampir RM12,000 ini benar-benar berbaloi untuk kewangan korang, atau duit itu lebih baik digunakan untuk simpanan dan keperluan lain?

3 weeks ago | [YT] | 3

Financial Faiz

[S02:E03] Bisnes pakaian: Untung besar atau sekadar nampak mewah? - Zarif Azrie, COO Mjestic

Ramai nampak bisnes pakaian sebagai peluang untuk menjana pendapatan, tetapi di sebalik setiap jualan, ada cabaran menguruskan stok, menjaga kualiti, mengawal kos dan memastikan keuntungan kekal mampan. Dengan persaingan daripada pelbagai jenama serta lambakan penjual di platform e-commerce, peniaga fesyen perlu mencari cara untuk kekal relevan.

Financial Faiz Podcast kali ini bersama dengan Zarif Azrie, COO Mjestic, untuk bincangkan bagaimana perniagaan fesyen menguruskan jualan bermusim, meningkatkan keberkesanan TikTok Live dan mengekalkan keyakinan pelanggan. Kita juga melihat peranan personal branding serta perbezaan antara jualan online dengan kedai fizikal dari sudut operasi dan keuntungan.

Jadi, dalam industri yang penuh persaingan ini, adakah produk yang bagus sahaja cukup untuk berjaya, atau strategi perniagaan yang menentukan siapa mampu bertahan?

4 weeks ago | [YT] | 3

Financial Faiz

Belanjawan 2027: Ini yang patut korang tahu!

Belanjawan 2027 baru sahaja dibentangkan oleh kerajaan, dengan beberapa pengumuman penting yang bakal memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Antaranya termasuk kenaikan gaji minimum kepada RM2,000, pelepasan cukai individu sehingga RM12,000 serta pelbagai inisiatif berkaitan PTPTN, bantuan tunai dan pembelian rumah pertama.

Selain itu, kerajaan turut meningkatkan peruntukan STR dan SARA, memberikan penangguhan bayaran balik PTPTN kepada peminjam yang layak serta meneruskan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama mengikut syarat yang ditetapkan. Namun, setiap inisiatif ini mempunyai syarat dan kumpulan penerima yang berbeza.

Jadi persoalannya, adakah Belanjawan 2027 benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan rakyat, atau ada perkara lain yang perlu kita lihat di sebalik pengumuman ini?

4 weeks ago | [YT] | 9