Media Selangor adalah saluran televisyen milik Kerajaan Negeri diurus tadbir Media Selangor Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Communication Corporation Sdn. Bhd.) bersiaran menerusi laman web mediaselangor.com/ms/selangortv untuk penstriman audiovisual penuh.
Media Selangor
Menjelang pembentangan Belanjawan Selangor 2027, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari @Amirudin_Shari mengupas hala tuju ekonomi negeri, strategi menghadapi ketidaktentuan global serta keutamaan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Saksikan wawancara khas menjelang Belanjawan Selangor 2027, 11 November 2026, Rabu, jam 11 pagi eksklusif di Media Selangor.
#BelanjawanSelangor2027
#AmirudinShari
#MediaSelangor
1 day ago | [YT] | 14
View 1 reply
Media Selangor
Anak-anak mungkin belum tahu bagaimana untuk bersuara apabila berdepan situasi yang membuatkan mereka tidak selesa.
Lebih membimbangkan, ancaman amang seksual boleh datang daripada individu yang dikenali dan dipercayai.
Bagaimana ibu bapa boleh mengenali tanda-tanda awal, memahami proses grooming dan melindungi anak daripada menjadi mangsa?
Ikuti perkongsian bersama Ahli Psikologi Klinikal, Sarah Aleesa Aguinaldo dalam Bicara Semasa siaran 10 November 2026 (Selasa), jam 11 pagi.
2 days ago | [YT] | 8
View 0 replies
Media Selangor
Tahukah anda, sekeping gambar biasa anak kita kini boleh dimanipulasi menjadi imej seksual menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)? Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan terhadap risiko eksploitasi seksual kanak-kanak, termasuk oleh individu yang mempunyai kecenderungan pedofilia. Persoalannya, sejauh mana anak-anak kita benar-benar selamat daripada ancaman ini?
Saksikan Bicara Semasa menerusi episod “Pedofilia Era AI: Selamatkah Anak Kita?” bersama Pegawai Psikologi Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani yang mengupas ancaman jenayah seksual kanak-kanak, taktik grooming, penyalahgunaan AI, kesan psikologi terhadap mangsa serta langkah perlindungan oleh ibu bapa dan masyarakat.
Tarikh: 6 November 2026, Jumaat
Masa: 11.00 pagi
Hanya di mediaselangor.com
#BicaraSemasa #PedofiliaEraAI #KeselamatanKanakKanak #EksploitasiSeksualKanakKanak #PenyalahgunaanAI #JenayahSiber #LindungiAnakKita #MediaSelangor
6 days ago | [YT] | 5
View 0 replies
Media Selangor
Dalam keadaan cuaca yang semakin ekstrem dan sukar dijangka, bencana alam boleh berlaku pada bila-bila masa. Apatah lagi ketika kita kini memasuki musim tengkujuh yang sinonim dengan ancaman banjir. Kita tahu risiko yang bakal dihadapi, tetapi persoalannya, sejauh mana kita benar-benar bersedia?
Saksikan Bicara Semasa menerusi topik ‘Musim Tengkujuh: Sejauh Mana Selangor Bersedia?’ bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, YS Kol. (PA) Fazlisyah Muslim, mengupas tahap kesiapsiagaan pasukan penyelamat, cabaran mengendalikan bencana serta peranan masyarakat dalam menghadapi musim tengkujuh.
Tarikh: 3 November 2026, Selasa
Masa: 11:00 pagi
Hanya di mediaselangor.com
#BicaraSemasa #MusimTengkujuh #BanjirSelangor #APMSelangor #KesiapsiagaanBencana #MediaSelangor
1 week ago | [YT] | 5
View 1 reply
Media Selangor
Bicara Semasa | Karnival Ban Canal: Memacu ekopelancongan, merancakkan ekonomi
Karnival Ban Canal 2026 bukan sekadar acara rekreasi, malah menjadi pemangkin pembangunan ekopelancongan di Sabak Bernam, sekali gus membuka peluang ekonomi kepada peniaga, pengusaha inap desa dan komuniti setempat.
Saksikan Bicara Semasa pada 30 Oktober 2026 (Jumaat), jam 11 pagi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Dato' Ts. Saipolyazan M. Yusop yang mengupas potensi Ban Canal sebagai destinasi ekopelancongan, limpahan ekonomi menerusi penganjuran karnival serta usaha memperkasa sektor pelancongan tanpa mengabaikan kelestarian alam dan biodiversiti.
#BicaraSemasa #KarnivalBanCanal2026 #BanCanal #SabakBernam #Ekopelancongan #SaipolyazanMYusop #MBISelangor #EkonomiKomuniti #MediaSelangor #KlikSemasa
1 week ago | [YT] | 7
View 0 replies
Media Selangor
Susulan pengumuman kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 dan penanda aras gaji sara hidup RM3,400 bagi GLC serta GLIC, timbul persoalan, berapa sebenarnya pendapatan yang diperlukan untuk hidup selesa di Selangor?
Bersama Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM merangkap Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA), Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bagi membincangkan adakah gaji RM3,000 masih mencukupi untuk menyara kehidupan atau sekadar cukup untuk bertahan sehingga hujung bulan.
Saksikan Bicara Semasa siaran 27 Oktober 2026, Selasa, jam 11 pagi eksklusif di Media Selangor.
#MediaSelangor #BicaraSemasa #kossarahidup #MACFEA
2 weeks ago | [YT] | 3
View 2 replies
Media Selangor
Kebankrapan boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seseorang termasuk menjejaskan kewangan, kerjaya dan peluang untuk membina semula kehidupan.
Pelbagai usaha diperkenalkan bagi membantu individu yang diisytiharkan bankrap, termasuk Dasar Peluang Kedua dan peningkatan had minimum hutang untuk diisytiharkan bankrap.
Namun, sejauh mana langkah ini mampu membantu mereka keluar daripada kemelut kewangan?
Bersama Pengarah Jabatan Insolvensi Negeri Selangor, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail untuk membincangkan punca kebankrapan, cabaran yang dihadapi individu bankrap serta peluang dan langkah yang boleh diambil untuk memulakan kehidupan baharu.
Saksikan Bicara Semasa siaran 23 Oktober 2026, Jumaat, jam 11 pagi eksklusif di Media Selangor.
#MediaSelangor #BicaraSemasa #bankrap
2 weeks ago | [YT] | 7
View 0 replies
Media Selangor
Operasi Pembenihan Awan (OPA) sering menjadi antara langkah yang dilaksanakan ketika negara berdepan cuaca kering dan jerebu. Namun, pernahkah kita terfikir bagaimana operasi ini dilaksanakan dan sejauh mana ia benar-benar berkesan?
Ikuti Bicara Semasa dengan topik Memahami Operasi Pembenihan Awan bersama Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), DCP Datuk Mazli Mazlan yang mengupas proses pelaksanaan, faktor yang mempengaruhi kejayaan, cabaran serta peranan OPA dalam situasi semasa.
Tarikh: 20 Oktober 2026, Selasa
Masa: 11.00 pagi
Hanya di mediaselangor.com
#PembenihanAwan #OperasiPembenihanAwan #HujanBuatan #Jerebu #CuacaMalaysia #NADMA #BicaraSemasa #MediaSelangor
3 weeks ago | [YT] | 6
View 1 reply
Media Selangor
Kes buli di sekolah terus menjadi kebimbangan apabila ada kejadian hanya diketahui selepas mangsa mengalami kecederaan atau kes menjadi tular.
Pelbagai kempen, garis panduan dan tindakan sudah diperkenalkan, namun persoalannya, adakah tanda-tanda awal buli sebenarnya gagal dikenal pasti?
Bersama Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim untuk membincangkan kelemahan
sistem sedia ada serta langkah yang perlu dilakukan bagi memastikan sekolah kekal sebagai tempat yang selamat untuk pelajar.
Saksikan Bicara Semasa siaran 16 Oktober 2026, Jumaat, jam 11 pagi eksklusif di Media Selangor.
#MediaSelangor #BicaraSemasa #buli #KamalAffandiHashim
3 weeks ago | [YT] | 3
View 1 reply
Media Selangor
Sebanyak 3,747 kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak direkodkan sepanjang 2021 hingga 2025 di Selangor.
Dengan dunia digital yang semakin luas membuka ruang ancaman yang luas terhadap penganiayaan seksual kanak-kanak, sejauh manakah ibu bapa, komuniti dan sistem perlindungan kita cukup bersedia menghadapi ancaman yang semakin kompleks ini?
Saksikan Bicara Semasa pada 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 11 pagi bersama EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari yang berkongsi sokongan serta langkah yang dilaksana Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sistem perlindungan kepada anak-anak daripada menjadi mangsa penganiayaan seksual.
#BicaraSemasa #AnfaalSaari #JenayahSeksualKanakKanak #LindungiKanakKanak #KeselamatanKanakKanak #KebajikanMasyarakat #SelangorPenyayang #MediaSelangor
4 weeks ago | [YT] | 7
View 0 replies
Load more