DISCLAIMER ! All information is taken from open sources such as google, blogs and others. We only change the form of broadcast from text to video form. You can see the source information below the video description, credit to the original source.Thank You.
Like,Share & Subscribe and support!Come On Malaysian!
WORLD MILITARY INFO
https://youtu.be/KQbrA77eYnw?si=jgF05...
3 days ago | [YT] | 8
View 0 replies
WORLD MILITARY INFO
Korang tengok dah ke?
https://youtu.be/F5aMUUITDZI?si=v7I3A...
3 days ago | [YT] | 2
View 0 replies
WORLD MILITARY INFO
https://youtu.be/PY1QZOdso5Q?feature=...
1 week ago | [YT] | 4
View 0 replies
WORLD MILITARY INFO
"DULU GESA ISRAEL RUNTUHKAN BANGUNAN GAZA, KINI RESTORAN SENDIRI TERANCAM!"
“Hari ini, saya terpaksa mengetepikan ego dan meminta bantuan anda untuk menyelamatkan restoran saya.”
Begitulah rayuan Harman Singh Kapoor pada 12 Oktober 2026 apabila perniagaan restorannya di London, Singh’s Dining, berdepan masalah kewangan yang semakin menghimpit.
Lelaki yang sebelum ini begitu lantang bersuara di media sosial akhirnya meminta orang ramai datang menjamu selera, membuat tempahan dan membantunya memastikan restoran itu terus beroperasi.
Ironinya, beberapa minggu sebelum itu, Kapoor langsung tidak menunjukkan keprihatinan yang sama ketika bercakap mengenai kemusnahan di Gaza.
Pada penghujung September lalu, dia memuat naik sebuah video sambil menunjukkan gambar bangunan di Gaza yang dilingkari warna merah. Video itu ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan tenteranya.
Dengan nada kasar, dia mempersoalkan mengapa bangunan tersebut masih berdiri di Gaza. Maksudnya cukup jelas, dia mahu tentera Israel memusnahkannya.
Bayangkan, ketika penduduk Gaza kehilangan rumah dan ahli keluarga akibat pengeboman, lelaki ini pula sibuk mempersoalkan mengapa masih ada bangunan yang belum diruntuhkan.
Kenyataannya mengundang kemarahan ramai, terutama mereka yang mengikuti penderitaan rakyat Palestin sepanjang peperangan tersebut.
Tidak lama kemudian, restoran Singh’s Dining mula menerima gelombang penilaian satu bintang di Google.
Kapoor mendakwa sebahagian ulasan itu palsu, manakala ulasan lima bintang daripada pelanggan sebenar pula tidak diterima.
Dia turut mendakwa laman web restorannya diserang sehingga pelanggan tidak dapat membuat tempahan dalam talian.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila dia mengakui mempunyai tunggakan sewa premis. Menurut Kapoor, tuan rumahnya sudah mengancam untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya bayaran tidak diselesaikan.
Maka, keluarlah rayuan meminta bantuan orang ramai. Dalam hantaran yang sama, dia menyatakan betapa restoran itu merupakan sumber rezeki dan hasil kerja kerasnya selama ini.
Tetapi kalau diselak sejarah lelaki ini, kontroversi bukanlah perkara baharu dalam kehidupannya.
Pada Februari 2026, Kapoor sudah mengumumkan penutupan sebuah lagi restorannya, Rangrez, yang beroperasi selama kira-kira 16 tahun di Hammersmith, London.
Dia menyalahkan gangguan berterusan, ancaman dan kurangnya perlindungan polis sebagai antara punca keputusan tersebut.
Restoran itu sebelum ini turut mencetuskan pertikaian kerana dasar tidak menjual daging halal serta beberapa kenyataan Kapoor yang menyinggung masyarakat Islam.
Malah, pada 14 Mac 2026, dia pernah ditahan oleh Metropolitan Police selepas memuat naik video yang mengandungi kenyataan berunsur ugutan bunuh.
Dalam video tersebut, Kapoor memberi amaran bahawa sesiapa yang mengancam keluarganya perlu bersedia untuk mati.
Polis menjelaskan penahanan itu dibuat atas syak wasangka kesalahan komunikasi berniat jahat. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan sementara siasatan diteruskan.
Kini, beberapa bulan selepas kejadian tersebut, Kapoor sekali lagi menjadi perhatian dunia. Cuma kali ini, bukan kerana kenyataannya yang lantang, sebaliknya kerana rayuan meminta bantuan menyelamatkan perniagaan sendiri.
Dia menegaskan Singh’s Dining masih dibuka dan belum ditutup. Namun, tekanan kewangan yang didedahkannya sudah cukup untuk menunjukkan betapa sukarnya keadaan yang sedang dihadapi.
Apa yang berlaku ini sebenarnya mengingatkan kita tentang satu perkara. Ketika hidup masih selesa, mudah benar sesetengah orang mempermainkan penderitaan manusia lain seolah-olah kesengsaraan mereka langsung tidak membawa sebarang makna.
Tetapi apabila sumber rezeki sendiri terancam, barulah terasa betapa pentingnya simpati dan pertolongan orang ramai.
Rumah penduduk Gaza boleh dipersoalkan mengapa masih berdiri, tetapi apabila restoran sendiri menghadapi risiko ditutup, pandai pula dia meminta semua orang membantu menyelamatkannya.
Begitulah jadinya apabila terlalu seronok bercakap seolah-olah hidup ini bertongkat langit.
Sebab itu, sebelum memperlekehkan kesusahan orang lain, ingatlah bahawa hidup kita sendiri pun belum tentu sentiasa berada di atas.
Kadangkala, keangkuhan manusia boleh membawa kepada kejatuhan yang langsung tidak disangka. Begitulah kehidupan, penuh dengan kejutan, konflik dan perjalanan yang sukar diramalkan. Sebab itulah saya sendiri cukup suka dengan kisah yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apa pula yang akan berlaku selepas ini.
Artikek : Mazlan Syafie
Kalau anda juga gemarkan cerita yang penuh misteri, cabaran dan pengembaraan, saya ingin mengajak anda membaca Hikayat Samudera Sakti (HSS), novel pertama saya. Sebuah kisah yang saya garap untuk membawa pembaca mengembara ke dunia yang sarat dengan rahsia dan pelbagai peristiwa yang mendebarkan.
Saya berharap anda sudi memberikan peluang kepada novel pertama saya ini. Jom ikut pengembaraan Hikayat Samudera Sakti dan nikmati sendiri kisah yang saya cuba hidupkan melalui setiap helaian. Mudah-mudahan anda seronok membacanya sebagaimana saya seronok menulisnya.
s.shopee.com.my/5q8xgR2BGD
1 week ago | [YT] | 114
View 17 replies
WORLD MILITARY INFO
https://youtu.be/QhIou4SYGjY?si=InXU2...
1 week ago | [YT] | 12
View 1 reply
WORLD MILITARY INFO
Tiga hari sebelum Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri 45 tahun lalu, seorang rakyat Malaysia ditahan kerana jadi perisik kepada Soviet Union.
Dan bukan calang-calang orangnya iaitu Setiausaha Politik Dr. Mahathir sendiri yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri.
Nama perisik itu Siddiq Mohamad Ghouse.
Ditangkap ketika tinggal tiga hari lagi majlis angkat sumpah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Beliau pernah jadi Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani dan jadi Setiausaha Politik kepada Mahathir lebih tujuh tahun.
Sebab itu Soviet pilih beliau kerana mereka juga tahu pada masa itu yang Dr. Mahathir bakal naik.
Tapi apa pentingnya negara kecil seperti Malaysia kepada Soviet Union, kuasa besar?
Waktu itu masih berlaku perang dingin antara US dan Soviet Union. Malaysia dianggap sekutu US serta negara Barat, jadi kita mungkin dilihat ada potensi tahu maklumat yang strategik yang boleh diguna.
Seperkara lagi jawatan Siddiq akan bolehkan beliau pengaruhi pandangan Dr. Mahathir.
Polis sudah awasi beliau sejak 1979 dan bertindak bila cukup bukti. Masa ditahan, alat-alat seperti kamera rahsia, beg dengan ruangan sulit dan radio khas antara yang dirampas.
Bila ditanya, Dr. Mahathir akui beliau sudah diberitahu polis sejak 1979 dan beliau tidak pernah beri Siddiq akses kepada dokumen-dokumen rahsia.
Berapalah agaknya bayaran diterima Siddiq untuk khianati negaranya sendiri?
Kredit : Mazlan Mohamad
https://youtu.be/F5aMUUITDZI?si=g0UBW...
1 week ago (edited) | [YT] | 296
View 25 replies
WORLD MILITARY INFO
Berapa banyak Russia letak tentera di frontline perang Ukraine ?
Berapa lama tempoh satu-satu anggota bertahan hidup mati dimedan tu ?
Setahun berapa kali Russia hantar ?
Ni cara teknikal berfikir 👆
Komen tu cuma trigger untuk article ni,
Jom londeh... 😅, admin bagi pecahan ikut data terkini 2026.
Berapa ramai tentera Russia di garisan hadapan sekarang ?
Paling latest, Panglima Tentera Ukraine sendiri, Jeneral Oleksandr Syrskyi umum : Lebih 710,000 orang tentera Russia berada di sepanjang frontline Ukraine.
Ini angka tertinggi sejak perang bermula 2022. 6 bulan kebelakangan ni angka tu kekal statik antara 711,000 ke 712,000 orang termasuk simpanan operasi.
Panjang frontline tu sendiri lebih 1,255 kilometer. Jadi Russia padatkan hampir keseluruhan kekuatan darat dia di situ. Awal tahun 2025 dulu baru 600,000, hujung 2025 naik ke 710,000.
Putin baru tambah lagi saiz tentera tetap Russia kepada 1.55 juta orang hujung 2025 untuk tampung kehilangan di Ukraine.
Berapa lama seorang anggota boleh hidup di medan perang ?
Ni yang paling ngeri. Ada dua peringkat :
Dari tandatangan kontrak sampai mati : purata 10 hari hingga 3 minggu saja.
Bila dah masuk serbuan di barisan depan : purata 20 hingga 35 minit saja.
Angka 20-35 minit ni disahkan sendiri oleh Pengarah CIA, John Ratcliffe pada Julai 2026. Dia kata risikan Amerika sama dengan apa yang Ukraine lapor di lapangan. Version merekalah, kalau kita ambil versi Russia lain sikit.
"Purata jangka hayat rekrut Russia sekarang, sebaik tiba di medan perang Ukraine, dianggarkan antara 20 hingga 30 minit"
Sebab utama : dron AI murah Ukraine. Sekarang dron boleh kesan dan hentam dalam beberapa minit saja lepas askar Russia keluar dari parit.
Analisis lain dari Estonia pula bagi angka sedikit panjang, 2 minggu hingga 1 bulan selepas mendaftar terus mati atau cedera, sebab Russia guna taktik gelombang manusia, hantar yang tak cukup latihan terus ke depan.
Setahun berapa kali Russia hantar tentera baru ?
Russia dah tak buat mobilisasi besar-besaran macam 2022 (300,000 orang sekali gus) tu. Sekarang dia buat sistem kontrak bergilir, non-stop setiap bulan.
* 2024 : Lebih kurang 450,000 orang tandatangan kontrak
* 2025 : Lebih kurang 422,000 kontrak + 32,000 sukarelawan. Perisikan Ukraine kata Russia rancang nak kutip 343,000 pada 2025 tapi akhirnya lebih.
* 2026 : Syrskyi kata Russia rancang nak kutip lagi 409,000 orang tahun ni.
Kenapa admin ambil data Ukraine atau pro NATO, sebab data ni % betul tu adalah juga, kalau pakai data Russia, Meta checker ni dia letak false, jadi tak ada kebebasan admin menulis, jadi terpaksalah begini.
Kalau bahagi, Russia mampu kutip 30,000 orang sebulan secara konsisten.
Tapi masalah dia, kehilangan pun laju. Data Ukraine kata Russia hilang purata 1,141 orang sehari sepanjang 2025, atau 416,570 setahun. Kata depa lah... Ada penganalisis kata Russia hilang hampir separuh dari jumlah anggota aktif dia di Ukraine setiap tahun dan terus ganti dengan yang baru.
Tapi ikut logik Russia kekalkan garisan yang mereka tawan tu, kalau mati je bagaimana kekalkan ?
Maksudnya bukan hantar sekali setahun, tapi hantar setiap hari, setiap minggu, tanpa henti. Rotation unit dibuat tiap-tiap bulan di sektor berlainan macam di Zaporizhzhia dan Donetsk untuk ganti unit yang dah hancur. Apapun untuk kekal, anggota juga perlu faham sekeliling, kalau anggota baru, mereka takkan faham sekeliling tiba-tiba, jadi budi bicara pembaca juga diperlukan....
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
Link : https://youtu.be/uomlXlgJE7c
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG
1 week ago (edited) | [YT] | 41
View 4 replies
WORLD MILITARY INFO
https://youtu.be/uomlXlgJE7c
1 week ago | [YT] | 3
View 1 reply
WORLD MILITARY INFO
https://youtu.be/7-qP9bgWHtg?si=jl3t9...
2 weeks ago | [YT] | 1
View 0 replies
WORLD MILITARY INFO
"DAH BERKALI-KALI PUJUK GROK, MALAYSIA TETAP LEBIH MAKMUR!"
Menekan-nekan!
Entah kenapa ada segelintir netizen dari negara seberang yang nampaknya susah sungguh nak tidur lena selagi belum berjaya buktikan Malaysia lebih miskin daripada mereka.
Isu terbaru ini memang kelakar habis sebab kali ini sampai sistem kecerdasan buatan pun ditekan-tekan semata-mata nak puaskan hati yang berbulu.
Semuanya bermula apabila seorang pengguna aplikasi X bernama Donald A. pergi bertanyakan satu soalan mudah yang berbunyi:
"@grok miskin mana antara Indo dan Malaya?"
Grok terus memberikan jawapan munasabah bahawa Indonesia lebih miskin jika dinilai berdasarkan ukuran ekonomi setiap penduduk.
Disebabkan tak berpuas hati dengan jawapan tersebut, individu ini cuba ubah soalan dengan bertanyakan pula macam mana kalau ukuran itu dibuat dari sudut sesebuah negara dan bukannya daripada jumlah rakyat.
Grok dengan tenang menerangkan bahawa saiz ekonomi Indonesia secara keseluruhannya memang jauh lebih besar berbanding kita.
Masalah besarnya adalah negara jiran kita itu turut mempunyai bilangan populasi hampir lapan kali ganda lebih ramai berbanding Malaysia lalu menyebabkan saiz kek ekonomi itu menjadi terlalu kecil apabila diagihkan puratanya kepada setiap orang.
Individu ini tetap degil tak mahu terima kenyataan lalu mendesak agar sistem itu fokus kepada definisi negara miskin serta mencadangkan supaya jumlah kekayaan tidak perlu dibahagikan langsung dengan bilangan penduduk.
Dekat sinilah kita boleh nampak kesilapan ekonomi paling asas sedang berlaku sebab kalau jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata yang menentukan tahap kemakmuran, memang sah mereka akan menang besar.
Berdasarkan data rasmi daripada World Bank untuk tahun 2024, KDNK Indonesia mencatatkan angka sekitar USD1.396 trilion berbanding Malaysia yang cuma berada pada tahap sekitar USD422.2 bilion.
Tetapi kita kena ingat yang Indonesia terpaksa menanggung kira-kira 283.5 juta orang penduduk sedangkan negara kita hanya mempunyai sekitar 35.6 juta orang rakyat pada tahun yang sama.
Apabila jumlah ekonomi yang besar itu dibahagikan kepada penduduk mereka, gambaran keseluruhan terus berubah seratus peratus.
KDNK per kapita Malaysia pada tahun 2024 secara puratanya mencecah sekitar USD11,874 manakala mereka pula terperosok pada angka sekitar USD4,925.
Secara matematiknya keluaran ekonomi bagi setiap orang penduduk Malaysia adalah lebih kurang 2.4 kali ganda lebih tinggi berbanding rakyat mereka.
Analoginya cukup mudah di mana sebuah keluarga dengan pendapatan RM20,000 memang mempunyai duit yang lebih banyak berbanding seorang lelaki bujang bergaji RM10,000.
Tetapi kalau keluarga pertama tadi ada lapan mulut yang perlu disuap, tolonglah jangan menjerit kuat sangat mendakwa setiap orang daripada mereka itu hidup jauh lebih kaya berbanding si bujang tadi.
Cuma untuk betul-betul sekolahkan golongan yang suka sangat berlawan dengan kalkulator ini, kita juga kena buat satu pembetulan fakta kepada sistem Grok tersebut.
World Bank sebenarnya meletakkan klasifikasi kumpulan pendapatan sesebuah negara menggunakan ukuran GNI per kapita dan tidak ada sebarang formula rasmi yang terus mencampurkan KDNK per kapita dengan kadar kemiskinan semata-mata.
Walaupun Malaysia dan Indonesia kini sama-sama duduk dalam kategori negara berpendapatan menengah atas, cerita fasal kadar kemiskinan rakyat ini memang cukup berbeza dan wajib diperhalusi.
Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia sendiri merekodkan sebanyak 23.36 juta rakyat mereka masih tersekat di bawah garis kemiskinan nasional pada bulan September 2025 iaitu bersamaan 8.25 peratus daripada keseluruhan penduduk.
Malaysia pula sekadar merekodkan kadar kemiskinan mutlak nasional pada tahap 5.1 peratus untuk tahun 2024.
Kita sedia maklum yang definisi garis kemiskinan bagi kedua-dua negara adalah berbeza, tapi kalau kita gunakan satu ukuran antarabangsa yang setara berpandukan paras USD8.30 sehari pada PPP 2021, ceritanya jadi lebih pedih.
Melalui kenyataan bersama pihak World Bank dan BPS pada bulan September 2026, sebanyak 64.1 peratus rakyat Indonesia disahkan berada di bawah paras kemiskinan antarabangsa tersebut setakat Mac 2026.
Fakta dah jelas membuktikan Indonesia mempunyai ekonomi keseluruhan yang jauh lebih besar manakala Malaysia mendominasi dengan tawaran ekonomi per penduduk yang jauh lebih tinggi.
Kalau difikirkan balik memang tak ada keperluan pun untuk sesiapa bergaduh dengan mesin kecerdasan buatan sampai empat pusingan berturut-turut sebab masalah sebenarnya berpunca daripada ego sendiri.
Kekeliruan hanya timbul apabila seseorang itu sudah pun menetapkan satu jawapan syok sendiri di dalam kepala sebelum dia mula menaip soalan.
Bila sistem tersebut berikan jawapan fakta yang tak sedap didengar, soalan pun perlahan-lahan diubah suai dan bila keputusannya masih menampar muka sendiri maka ukuran sukatan pula cuba dimanipulasi sesuka hati.
Percayalah kalau selepas empat kali bertanyakan benda yang sama tetapi jawapan yang keluar masih menolak kehendak nafsu sendiri, puncanya bukanlah sistem Grok itu yang rosak.
Boleh jadi kalkulator yang mereka pakai itu memang enggan diajak bersikap nasionalistik membuta tuli sampai sanggup buang fakta ke tepi.
Kredit : Mazlan Syafie
Video : https://youtu.be/XgYyCppbRxk?si=dK8H7...
2 weeks ago (edited) | [YT] | 99
View 33 replies
Load more