Semoga kita mendapat manfaat bersama di setiap perjalanan kami di sini. 🎥🎬

Apa yang kami fikir, apa yang kami pandang, dan apa yang kami faham,
kami mahu jadikan ia suatu realiti.
Kami bukan hanya pengendali kamera, kami juga yang bertanggungjawap terhadap apa yang kami persembahkan kepada anda.

Kami penyelesai masalah anda,
kami mencipta,
kami profesional,
dan kami juga penyampai cerita-cerita,
semuanya melalui karya-karya kami.

Kami sentiasa nekad untuk memajukan diri dalam setiap kerja kami.
Dari pasca produksi kami, pemilihan warna, proses penyampaian, transisi, pemilihan audio, dan efek visual,
bagi menghasilkan sinematografi hebat atas nama cinta.

kerana kami percaya apa yang kami nampak dari mata tertutup kami,
kami mahu ia terbuka dan menjadi kenyataan.

Kami berkarya atas nama cinta,
cinta kami terhadap kamera,
cinta kami terhadap seni,
cinta kami kepada sesama manusia,
cinta kami kepada pencipta alam semesta.

Kerana kami percaya Hi Cinta TV,
bukan semata-mata cinta.


Hi CINTV

Assalamualaikum gang!

Jom menonton episod kami kali ini.
Episod kali ini kami berada di Kampung Sungai Lui dan video ini khas untuk budget traveller macam kami. Sedikit pengalaman untuk di kongsi kan bersama. Semoga kita mendapat manfaat bersama. insyaAllah.

Salam cinta
❤

4 years ago | [YT] | 8

Hi CINTV

Assalamualaikum gang!

Episod kali ini kami sembang santai bersama Zul dari Kampung Sungai Lui, kami sembang tentang kejadian banjir yang berlaku hujung tahun lepas dan kesan kepada penduduk di Kampung Sungai Lui. Terima kasih Zul atas perkongsian dan maggi cheese. haha. Semoga kita mendapat manfaat bersama.

Salam cinta ❤

4 years ago | [YT] | 6

Hi CINTV

Assalamualaikum gang.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1444H.

Semoga tahun baru hijrah ini menjadikan kita yang lebih baik dan sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk mendapatkan rahmat Allah swt.
insyaAllah.

Salam cinta ❤

4 years ago (edited) | [YT] | 2

Hi CINTV

Assalamualaikum gang. Apa khabar?

Episod kali ini kami balik singgah ke Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Melayu di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak.
Ada sedikit perkongsian tentang budaya bangsa melayu yang diamalkan di sini.

Salam cinta ❤

4 years ago | [YT] | 15

Hi CINTV

Assalamualaikum gang! Apa kabar?

Episod kali ini kami balik ke Kampung Selat, Bota Kanan, Perak.
Ada sedikit perkongsian menarik sepanjang kami berada di Bota,Perak.

Terima kasih orang-orang Kampung Selat.
Semoga bermanfaat!

Salam cinta ❤

4 years ago | [YT] | 12

Hi CINTV

Salam gang, apa khabar semua? Harap semua sihat.

Terima kasih semua kerana menjadi sahabat Hi Cintv. insyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi.
Teruslah bersahabat sampai Allah berkata “waktunya pulang”.

Semoga bermanfaat.

Salam cinta ❤

4 years ago | [YT] | 16

Hi CINTV

Salam gang! Apa khabar?

JOM saksikan episod 61.
Apa-apa pon terima kasih kerana terus support kami. Selamat menonton.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Salam Cinta ❤

4 years ago | [YT] | 9

Hi CINTV

Salam gang! Apa khabar?

JOM saksikan episod 60 gang. Tak sangka sudah 60 episod dah kami di Hi Cintv. Tapi episod kali ini sedih sikit lah sebab drone kami crash.
Apa-apa pon terima kasih kerana terus support kami. Selamat menonton.
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.

Salam Cinta ❤

4 years ago | [YT] | 9

Hi CINTV

Assalamualaikum gang.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semoga kita semua dapat menghayati makna pengorbanan di hari yang istimewa ini.

ikhlas dari kami hi cintv team 😉💪

Salam cinta ❤
🇲🇾🇮🇩🇸🇬🇧🇳🇹🇭

4 years ago | [YT] | 4

Hi CINTV

Salam gang! Korang dah try petakopi.my tak? Kalau belum cuba try guna, nanti bagi feedback dekat kitorang k. Thanks.

Semoga bermanfaat!
Salam Cinta ❤

4 years ago | [YT] | 8