PENGUMUMAN PUTERI NUR CAHAYA @ CIKGU IETA DI DESCRIPTION

Watch on YouTube (Embed)

Switch Invidious Instance

Show annotations

2,095

56

Genre: People & Blogs

License: Standard YouTube license

Family friendly? Yes

Shared January 21, 2023

Assalamu'alaikum Berkaitan leluhur, saya nak buat PENGUMUMAN. Dahulu saya didakyah oleh oleh guru-guru silat perawat bomoh ilmu hitam ahli sihir tradisional dan moden, leluhur tu moyang. Mereka fitnah saya ada jin dan pelbagai tuduhan, tohmahan, firmah tidak masuk akal muslim, jenayah cyberbully body shaming akidah dan ugutan telah dilakukan ke atas saya. Bulan 11 tahun 2021 baru saya tahu mereka ketua kumpulan ajaran sesat. Patutlah teruk benar saya difitnah. Mereka pentaksub, pendakyah ajaran sesat ilmu karuuhun (leluhur) jin. 13/11/2022 baru saya faham jadikan saya perantara berinteraksi dengan leluhur tu adalah perbuatan ritual. Bulan 6 tahun 2023, Ustaz di masjid cakap, apa sahaja yang kita nampak, orang lain tidak nampak, berkaki atau tidak, itu adalah jin. 10/9/2023 Ustaz suami saya cakap, ilmu kerohanian tak boleh bercampur dengan ilmu kebatinan. Ilmu kerohanian tu suci tapi zaman sekarang sangat kotor. Mereka berkhodam jin fasik. Semua amalan kerohanian bila bercampur dengan ilmu kebatinan bahayakan jiwa. Itulah sihir khodam jin fasik mereka yang sentiasa mengganggu umat manusia. Jauhi ajaran sesat. Berkenaan auto gerak, jika auto tu, semuanya adalah gerakan jin khodam dari mereka. Tak perlu kaji perkara telah berlaku sebab kita Islam dari lahir. Alhamdulillah saya difitnah. Tidak, sampai meninggal saya tidak tahu leluhur itu adalah jin. ------------------------------------------------------------------------------- BAB SYIRIK Wajib faham, وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْس إِلَّا لِيَعْبُدُونِ “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (saja)” Adz-Dzaariyaat: 56. 1) Syirik bermaksud menduakan Allah samada pada perbuatan (amalan), perkataan dan tingkah-laku. 2) Contohnya berkata, tidak salah pun meminta bantuan dari leluhur atau pun berzikir dan berselawat 24 jam untuk wujudkan batalion ghaib dampingan leluhur waliyullah. 3) Lagi contoh, mempercayai diri itu the choosen one, Allah kurniakan kuasa untuk menghukum, hingga pengikut taksub (onses @ memberhalakan) mereka juga adalah antara perkara dosa besar syirik menduakan Allah. 4) Tidak ada gunanya takut dengan Freemason, Iluminati dan dajjal, tuduh orang sesat, wahabi dan jin Syeikh SitiJenar. Tetapi kompromi dengan perawat bomoh syiah dan perawat bomoh yang semuanya taksubkan leluhur jin yang sentiasa ajak menduakan Allah sahaja (syirik) sepanjang hayat. 5) Leluhur ditaksubkan itu dipuja, diseru, dijemput, jumpa (ritual) untuk disembah dan diberhalakan itu adalah jin. Inilah syirik perbuatan menduakan Allah. 6) Wajib diingat, taksub @ obseskan sesuatu dan meminta bantuan dari selain Allah SWT adalah antara dosa besar syirik menduakan Allah. 7) Akidah bukan perkara mainan. Begitu juga dengan aib, maruah, nyawa, pemakaian dan keluarga keturunan. Usah berlagak dengan Allah SWT dan ahli bidang keagamaan sesuka-hati menuduh, menyebar fitnah, menghukum dan meletakkan hukum ke atas seseorang itu dengan tuduhan fitnah menyatakan sesat, wahabi, Syiah, syirik, ada jin, ada saka dan penyebar ajaran sesat tanpa bukti soheh seolah-olahnya anda Tuhan dan penguatkuasa keagamaan. Perbuatan menggelar, mencela, tuduh dan fitnah itu juga berunsur syirik dosa fitnah lebih dahsyat daripadabmembunuh dilakukan oleh individu ramai pengikut, perawat bomoh sesat demi melariskan perniagaan, menarik pengikut masuk kumpulan sesat mereka. 8) Hati-hati bila menulis, menyebar, like, share dan comment. Tersilap langkah jari menulis, boleh jadi dosa besar syirik menduakan Allah SWT malahan membawa kepada murtad (terpesong @ tergelincir akidah). 9) Syirik dan murtad, ianya juga berpunca daripada tidak jaga adab. Apabila adab tidak dijaga, nescaya tidak dapat juga menjaga agama termasuklah akidah. Wal'iya dzubillahi min dzalik. 10) Jika tidak faham, bukalah kitab atau buku berkaitan akidah. Paling asas, buku Tauhid darjah enam (6) silibus Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau buku Zaadul Muta'allim silibus Jabatan Agama Islam (JAIS). 11) Bab agama lebih-lebih lagi bab akidah, bergurulah dengan guru yang tidak berkhodamkan jin. bertalaqqi menghadaplah mereka. Bukan berguru secara online dan terima amalan sebarangan secara online atau bersemuka. 12) Pembelajaran berkaitan keagamaan, rohani dan kebatinan secara online kebiasannya dipengaruhi iblis yang bijak mempermainkan, mengelirukan, membolak-balikkan hati dan perasaan hingga roh, jiwa, nyawa dan semangat jadi ganti jika terjebak dengan guru-guru pendakyah ajaran sesat gila isim sakit jiwa. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda : مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.” [Riwayat al-Bukhari (5997)] Nama pena, ‪@PuteriNurCahayaCikguieta‬ Artikel Blog : ieta-myblog.blogspot.com/2022/12/tidak-jaga-adab-t…